VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 22/04/2013

Pengorbanan perajurit terus dihargai pihak swasta

KUALA LUMPUR 22 April - Pengorbanan darah dan nyawa anggota keselamatan dalam mempertahan kedaulatan negara berikutan pencerobohan pengganas Kiram terus mendapat perhatian masyarakat termasuk syarikat swasta.

Terbaru tiga syarikat swasta iaitu Felda Global Ventures, DRB Hicom dan Metro Kajang Holding Berhad menyerahkan sumbangan yang keseluruhannya berjumlah RM515,000 kepada Tabung Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumbangan tersebut bagi membantu meringankan beban dan menghargai jasa para perajurit khususnya mereka yang tercedera serta keluarga wira negara yang terkorban semasa pertempuran dengan pengganas Kiram di Lahad Datu dan Semporna di Sabah.

Sumbangan itu disampaikan sempena konsert 'Malam Barisan Kita' di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM) anjuran Kementerian Komunikasi, Kebudayaan dan Kesenian sebagai memperingati tragedi pencerobohan di Sabah serta menyemai semangat patriotik di kalangan rakyat.

Konsert yang bermula pada pukul 8.30 malam itu dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkefili Mohd. Zin serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Selain itu, balu para wira negara, anggota keselamatan yang tercedera semasa insiden di Sabah serta bekas perajurit turut hadir.

Konsert yang menampilkan semua lagu-lagu patriotik dimulakan dengan nyayian lagu Warisan sebelum disusuli dengan persembahan pentomen, bacaan sajak dan diakhiri dengan tarian perang oleh pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) serta anggota komando VAT 69. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.