VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 20/04/2013

MSAM 2013 di Perlis dibuka mulai hari ini hingga 27 April

DUA pekerja menyusun produk keluaran Sime Darby sebagai persiapan untuk Minggu Saham Amanah Malaysia 2013 di Dewan 2020, Kangar Perlis, semalam.

KANGAR 19 April - Pameran pelaburan terbesar negara, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang diadakan di pekarangan Dewan 2020 di sini, akan dibuka kepada orang ramai esok sehingga 27 April ini.

Penganjuran pameran oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) kali ke-14 itu melengkapkan pusingan MSAM di seluruh negara sejak diperkenalkan di Kuala Lumpur pada tahun 2000.

Dengan tema 'Pelaburan 1Malaysia', MSAM tahun ini menampilkan pelbagai acara menarik antaranya Seminar Khas Kewangan ASNB, cabaran pengurusan kewangan, jejak pelabur bijak, taklimat perancangan kewangan dan ikon inspirasi MSAM.

Pelbagai acara hiburan yang menjurus kepada galakan pelaburan juga akan diadakan termasuk Perodua Investment Race, CCM International Showdown, Maybank Mewarnai Duniaku, MNRB Ringgit Savvy dan Sime Darby Rhino Walk.

Seperti tahun-tahun lalu, PNB menawarkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah kereta Ford Fiesta, Toyota Vios dan Perodua Alza kepada pengunjung bertuah dengan sasaran pengunjung sebanyak 150,000 orang.

Sementara itu, Malaysian Investment Development Finance Berhad (MIDF) menyediakan kemudahan bas percuma kepada seluruh penduduk Perlis untuk mengunjungi tapak pameran MSAM.

Pengangkutan percuma itu meliputi laluan Kilang Gula, Jeti Kuala Perlis, Ulu Pauh/Politeknik, Padang Besar dan Kuala Sanglang.

Pengunjung dari Alor Setar juga boleh menaiki bas-bas percuma tersebut dari Shahab Perdana.

Lapan buah van penumpang juga disediakan bagi membawa pengunjung dari tempat letak kereta berdekatan tapak MSAM.

Perkhidmatan pengangkutan itu akan beroperasi pada pukul 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari sepanjang penganjuran MSAM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.