VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 20/04/2013

Felcra umum agihan dividen RM543 juta

PASIR SALAK 19 April - Felcra Berhad (Felcra) mengumumkan pengagihan dividen sebanyak RM543 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Pengerusinya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, jumlah tersebut adalah keuntungan yang boleh diagihkan daripada pendapatan keseluruhan Felcra hampir RM1.4 bilion pada tahun lepas.

"Pada tahun lepas, Felcra telah mencatatkan hasil sebanyak RM1.398 bilion daripada ladang milik peserta dan daripada jumlah itu, keuntungan yang boleh diagihkan adalah sebanyak RM543 juta.

"Keuntungan ini akan diagihkan kepada lebih 94,000 peserta Felcra dan lebih 5,000 peserta Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negara yang menerima RM250 setiap bulan," katanya kepada pemberita selepas majlis Pengisytiharan Dividen Peserta Felcra Berhad 2012 di sini hari ini.

Menurut Tajuddin, daripada jumlah itu, sebahagian besarnya telah diagihkan kepada peserta sebagai interim dividen pada tahun lepas bagi membolehkan mereka memenuhi keperluan sara hidup.

"Bayaran interim dividen yang pertama dibuat pada awal Mac dan April manakala yang kedua pada Jun dan kali ini hanya tinggal baki RM80 juta sebagai bayaran akhir," katanya.

Beliau menambah, pendapatan dan keuntungan Felcra pada tahun lepas berkurangan kira-kira RM400 juta disebabkan penurunan harga komoditi getah dan kelapa sawit antara 20 dan 30 peratus.

Katanya, kejatuhan harga pasaran komoditi tersebut menyebabkan Felcra hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM1.4 bilion berbanding RM1.837 bilion pada 2011.

"Kejatuhan dari segi pendapatan adalah kira-kira RM400 juta atau 24 peratus dan ini menyebabkan dividen menurun. Pada 2011, keuntungan yang diperoleh adalah kira-kira RM1 bilion," katanya.

Namun, katanya, Felcra mengunjurkan pendapatan sebanyak RM1.6 bilion dengan keuntungan yang boleh diagihkan sebanyak RM655 juta pada tahun ini.

"Kita jangka harga komoditi akan pulih dan pendapatan Felcra akan meningkat sebanyak 18 peratus tahun ini kecuali sesuatu tidak diingini berlaku khususnya kerajaan tidak stabil," ujarnya.

Terdahulu, beliau menyampaikan replika cek bayaran dividen kepada wakil peserta Felcra dari setiap negeri selepas majlis pengisytiharan tersebut.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.