VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 17/04/2013

Dua Desa Lestari diwujudkan di Sabah

KOTA KINABALU 16 April - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan membina dua buah perkampungan yang dikenali sebagai Desa Lestari (21 Century Village) di Daerah Papar dan Daerah Kinabatangan tidak lama lagi.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim Muhamad berkata, kedua-duanya adalah sebahagian daripada 29 buah Desa Lestari yang telah dikenalpasti untuk dibina di seluruh negara sebagai perintis melibatkan peruntukan berjumlah RM137 juta.

Projek Desa Lestari merupakan pembinaan desa moden yang serba lengkap dari segi kelengkapan asas dan aktiviti ekonomi yang mana pendekatan dari segi koperasi akan dilebihkan.

"Kita telah menerima peruntukan berjumlah RM137 juta bagi melaksanakan projek itu dan kita akan membina 29 buah kampung berkenaan di serata negeri. Projek ini dijangka bermula pada tahun ini dan di Sabah kita akan bina dua buah perkampungan itu di Daerah Papar dan Daerah Kinabatangan," katanya pada sidang akhbar di sini selepas meninjau pelaksanaan tiga projek di bawah KKLW di Daerah Papar hari ini.

Sementara itu Ibrahim berkata, kerajaan memperuntukkan RM69.5 juta bagi pelaksanaan tiga projek di Daerah Papar iaitu projek Bekalan Air Luar Bandar (PALB) Sistem Retikulasi Zon 9A, Kinarut; projek Jalan Luar Bandar (JALB) Naiktaraf Jalan Kampung Kambizaan, Kawang; dan projek Program Bantuan Rumah (PBR) Daerah Papar.

"Kos projek BALB Sistem Retikulasi Zon 9A adalah RM28 juta yang apabila siap mampu membekalkan air sehingga jajaran 70 kilometer; projek JALB berkenaan pula sebanyak RM38 juta melibatkan jarak 10 kilometer, manakala projek PBR itu pula sebanyak RM3.5 juta melibatkan pembinaan 106 buah rumah," katanya.

Ibrahim menjelaskan bahawa perkembangan kesemua projek tersebut berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah.

"Ia berkaitan dengan projek JALB Naiktaraf Jalan Kampung Kambizaan yang asalnya kita telah memberi kontrak yang dijadualkan siap dalam tempoh 20 bulan tetapi terpaksa disambung setahun lagi berikutan masalah pengambil tanah penduduk kampung yang terlibat dengan projek itu.

"Saya telah memberitahu kontraktor agar segera menyelesaikan masalah berkenaan dan mahukan mereka segera menyiapkan kerja agar penduduk di kawasan berkenaan dapat menikmati kemudahan terbaru itu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.