VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 08/04/2013

Tidak mustahil nilai pencen dapat dinaikkan - Najib

NAJIB Tun Razak bersalaman para pesara kerajaan yang mengerumuni beliau ketika Majlis Perdana Menteri Bersama Pesara-Pesara Kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di Putrajaya hari ini. - UTUSAN

PUTRAJAYA 8 April - Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan para pesara perkhidmatan awam dapat menikmati pencen yang lebih baik pada masa depan sekiranya ekonomi negara terus berkembang maju.

Perdana Menteri berkata, nilai pencen sebanyak dua peratus yang dinikmati para pesara sekarang tidak mustahil dapat dipertingkatkan tetapi dengan syarat hasil negara perlu dicari dan mengelak daripada bankrup.

"Dalam keadaan hari ini pun kita telah buat dan lakukan untuk menjamin keadaan pesara. Pencen dua peratus itu adalah paling minima. Kalau ada rezeki kerajaan kita boleh tambah tapi cari hasil.

"Kembangkan ekonomi dulu kalau tidak negara kita jadi bankrup," kata Najib ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Pedara-pesara Kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Kira-kira 3,000 orang pesara kerajaan menghadiri perjumpaan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.