VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 08/04/2013

Perdana Menteri edar 22,000 topi keledar IM4U

SHAH ALAM 7 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengagihkan 22,000 topi keledar 1Malaysia for Youth (IM4U) kepada anak muda Selangor sempena program Himpunan Patriotik Anak Muda di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Menurut Najib, setiap bahagian pilihan raya Barisan Nasional (BN) di seluruh Selangor mendapat sebanyak 1, 000 topi keledar IM4U dan akan diagihkan kepada anak muda di kawasan terbabit untuk keselamatan semasa menunggang motosikal.

"Pengedaran topi keledar ini hasil inisiatif program IM4U dan diedarkan melalui Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) kepada orang ramai terutamanya golongan muda," katanya ketika berucap dalam program tersebut.

Sementara itu Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika ditemui pemberita berkata, selain faktor keselamatan, pengedaran topi keledar itu juga bertujuan menyemarakkan lagi semangat generasi muda untuk terlibat dalam aktiviti sukarela.

Menurutnya, sehingga kini hampir 100,000 topi keledar IM4U diagihkan kepada orang ramai yang sebelum ini 50,000 daripadanya diedarkan semasa majlis pelancaran topi keledar 1M4U.

"Selangor adalah negeri yang ke-10 dan golongan muda di negeri ini amat bertuah kerana kemudahan ini diserahkan sendiri oleh Perdana Menteri. Di negeri-negeri lain pula akan diberikan kepada Pengerusi BN negeri sebelum diagihkan kepada orang ramai di peringkat Parlimen.

"Kini tinggal tiga negeri sahaja lagi untuk diserahkan topi keledar IM4U ini, KP1M juga berharap penyerahannya akan turut melibatkan Sabah dan Sarawak," katanya.

Selain itu katanya, topi keledar berkenaan bukanlah satu habuan tetapi untuk keselamatan anak muda apabila menaiki motosikal.

"Alhamdulillah, semangat luar biasa yang ditunjukkan generasi muda dengan memakai topi keledar IM4U ini akan menyemarakan lagi semangat mereka untuk bersukarelaan," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.