VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 31/03/2013

Lima pondok Kampung Kolam hangus terbakar, warga emas terselamat

BACHOK 31 Mac - Tindakan pantas seorang jiran berjaya menyelamatkan seorang warga emas yang menghidap angin ahmar daripada menjadi mangsa kebakaran apabila lima buah pondok agama di Kampung Kolam di sini musnah dalam satu kebakaran, pagi ini.

Rugayah Md. Noor, 68, ketika menceritakan saat cemas yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi itu memberitahu, dia terpaksa dipapah keluar dalam keadaan bertongkat oleh jirannya.

"Masa itu makcik baru nak makan pagi. Tak tahu pun ada pondok terbakar sehingga jiran datang memapah makcik keluar," katanya semasa ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Dia memberitahu, semasa kejadian, suaminya, Hasbullah Mohamad, 71, yang juga mudir pondok berkenaan tiada di rumah kerana keluar membeli surat khabar.

Hasbullah semasa ditemui berkata, dia menyedari kejadian tersebut selepas dimaklumkan orang ramai dan bersyukur tidak ada sebarang kecederaan atau kemalangan nyawa berlaku walaupun semua barang tidak dapat diselamatkan termasuk kitab dan buku-buku agama.

"Alhamdulillah, tidak ada kemalangan yang tidak diingini berlaku. Isteri saya selamat. Semua penghuni yang tinggal di lima pondok yang musnah itu tiada pada masa kejadian.

"Mungkin semua keluar rumah untuk ke pasar atau ke rumah anak-anak kerana kelas pengajian hanya pada waktu malam," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.