VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 28/03/2013

24 perjanjian bernilai RM4.271 bilion termeterai di LIMA 2013

LANGKAWI 28 Mac - Sebanyak 24 perjanjian dan kontrak bernilai RM4.271 bilion yang membabitkan industri pertahanan ditandatangani dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah keseluruhan itu diperoleh menerusi enam Dokumen Kontrak serta tiga Surat Setuju (LOA) Kementerian Pertahanan bernilai RM548 juta disamping 11 Memorandum Persetujuan (MoA) dan empat Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM3.7 bilion.

"Perjanjian-perjanjian ini adalah untuk memperkuatkan industri pertahanan di Malaysia terutamanya kerjasama mewujudkan penempatan syarikat-syarikat Eropah khusus dari Itali di Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) di Sungkai, Perak," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak, MoU dan MoA sempena LIMA 2013 di sini hari ini.

Antara syarikat yang menandatangi Dokumen Kontrak dan LOA adalah syarikat Joint Stock Company Aviation Holding Company Sukhoi, Rosebank Engineering, UniKL Resources, Telekom Malaysia, syarikat penerbangan MAS, BHIC Aeroservices dan BHIC Defence Techservices. - UTUSAN

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.