VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/03/2013

Kebun jagung diperluas

utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 23 Mac - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mengadakan lawatan ke Kebun Jagung 1Malaysia di Jalan Gapam, Bukit Katil di sini bagi meninjau lebih dekat aktiviti tanaman tersebut untuk diperluaskan ke Johor.

Kehadiran baginda ke kebun seluas 263 hektar yang diusahakan Corporate Social Responsibility 1Malaysia (CSR1M) itu disambut oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut Mohd. Ali, lawatan tersebut bertujuan memberi gambaran jelas kepada Sultan Ibrahim mengenai projek tanaman jagung yang telah dilaksanakan di negeri ini.

"Dalam perbincangan yang telah diadakan, projek tersebut dilihat berpotensi memberi pendapatan baharu kepada para pemilik tanah.

"Usaha memajukan projek di tanah milik persendirian ini berupaya mengurangkan jumlah import jagung selain meningkatkan ekonomi masyarakat setempat yang berpendapatan rendah," katanya ketika ditemui hari ini.

Lawatan itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kaseh; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal dan Penasihat Kehormat CSR1M, E Kim Leng.

Sempena lawatan itu, jelas Mohd. Ali, Sultan Ibrahim turut bersetuju menawarkan tanah seluas 404.7 hektar di Johor bagi melaksanakan projek tersebut.

Projek tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh CSR1M dari segi penyediaan peralatan, teknologi, baja, tenaga kerja dan lain-lain.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, projek itu telah mula diperkenalkan melalui projek pertamanya di kawasan seluas 4.05 hektar di Sungai Rambai di sini.

"Sehingga kini seramai kira-kira 50 peserta terdiri daripada pemilik tanah terbiar terlibat dengan projek ini di seluruh Melaka," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.