VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 September 2014 / 22 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 21/03/2013

Mayat 28 pengganas Kiram dikebumi sementara di lokasi rahsia

LAHAD DATU 20 Mac - Kesemua 28 mayat kumpulan pengganas Kiram yang telah selesai dibedah siasat dan dikenal pasti menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dikebumikan sementara di lokasi yang dirahsiakan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mayat itu dijangka dikebumikan dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, keputusan mengebumikan mayat-mayat tersebut dibuat selepas satu mesyuarat melibatkan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.

“Pengebumian sementara itu adalah untuk mengekang masalah kesihatan yang mungkin timbul, selain mengatasi masalah kekurangan bilik mayat di Hospital Lahad Datu dan Tawau," katanya dalam sidang akhbar di Felda Sahabat 16 di sini hari ini.

Bagaimanapun, Khalid berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana waris yang mahu menuntut mayat pengganas berkenaan.

Katanya, mereka yang ingin menuntut mayat tersebut perlu mengemukakan sampel DNA bagi dipadankan dengan maklumat diperoleh pasukan keselamatan.

Tambah beliau, sekiranya sampel yang diserahkan kepada pasukan keselamatan sepadan dengan maklumat yang ada, maka mayat itu akan diserahkan kepada individu atau kumpulan yang menuntut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.