VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 20/03/2013

PDRM akan percepat kenaikan gred gaji baharu

MELAKA 20 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempercepatkan kenaikan gred gaji baharu anggotanya selepas menyelesaikan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, kenaikan gaji itu membabitkan lebih 90 peratus anggota PDRM di seluruh negara.

"Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini adalah bermula pada 1 Januari lalu namun, kita sedang berbincang dengan JPA untuk memperhalusi perkara berkenaan.

"Kita akan cuba mempercepatkan bagi memastikan kesannya akan dapat dirasai serta-merta oleh anggota yang terlibat," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Penubuhan Polis Bantuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan dan Ketua Polis negeri, Datuk Chua Ghee Lye.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini kenaikan gaji kira-kira 102,434 pegawai dan anggota PDRM yang bakal menikmati kenaikan gaji dan skim perkhidmatan baharu yang diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, Najib turut mengumumkan seramai 131,904 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga akan menikmati kenaikan gaji dan skim perkhidmatan baharu itu.

Mortadza seterusnya berkata, kenaikan gred baharu tersebut membabitkan anggota PDRM yang berpangkat Asisten Komisioner ke bawah.

Katanya, sehingga kini PDRM mempunyai seramai 112,000 anggota di seluruh negara termasuk penjawat awam. - UTUSAN

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.