VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 18/03/2013

Persenda polis, tentera 'musuh utama negara'

SANDAKAN 17 Mac - Rakyat yang tidak menghormati jasa pasukan keselamatan dan lebih teruk lagi mempersendakan pengorbanan suci mereka boleh dianggap sebagai musuh utama negara.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menegaskan, selain musuh luar yang bertanggungjawab membuat onar, dalang dalam negara juga perlu diperangi habis-habisan.

"Saya tidak fikir pengganas Sulu ingin menakluk Sabah hanya mengunakan kekuatan tentera, kehadiran mereka sekadar untuk membuat kecoh kerana mengetahui negara menuju ambang Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Ini bukan soal sejarah tetapi soal politik. Apabila keadaan kita lemah kerana wujudnya perpecahan, maka akan ada pihak mengambil kesempatan terhadap keadaan yang dilihat goyah ini," katanya ketika berucap dalam majlis Perhimpunan Sabah Berdaulat di sini hari ini.

Yang turut hadir Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsuddin Yahya.

Tambah Ibrahim, jasa dan pengorbanan wira negara amat besar dan semua pihak perlu menghargainya tanpa sebarang kompromi.

"Jika tidak dapat membantu atau menghulurkan bantuan bagi mengurangkan beban para anggota yang terlibat, jangan pula cuba menjadi musuh dan sesuka hati membuat andaian buruk kepada pasukan keselamatan," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau mengakui Sabah dan Sarawak merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan kejayaan menguasai kedua-dua negeri tersebut akan menjayakan hasrat sesiapa sahaja untuk mengekalkan pemerintahan.

"Selagi Sabah dan Sarawak tidak terjejas, maka angan-angan pembangkang untuk menakluk Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan," katanya.

Dalam pada itu, Perkasa malam tadi turut mengadakan tahlil menghargai sumbangan wira negara yang terkorban di Masjid Nur Ashikin di sini, yang dihadiri lebih 300 orang termasuk wakil-wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.