VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 16/03/2013

Rakyat Kelantan tak dapat terima Pas beri tanah kepada DAP

KOTA BHARU 16 Mac - Tindakan kerajaan Pas Kelantan yang memberikan tanah di hulu Kelantan kepada pemimpin DAP, tidak dapat diterima oleh rakyat negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat sukar untuk menerima apa juga penjelasan diberikan oleh kerajaan Pas Kelantan kerana masih banyak persoalan yang timbul di atas tindakan tersebut.

Beliau berkata, antara yang menjadi persoalan ialah bagaimana dua pemimpin DAP terbabit (Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming) yang sering melaungkan soal kronisme dan menggambarkan mereka seolah-olah miskin, mampu membeli tanah di negeri ini.

"Persoalan lain ialah kenapa orang DAP luar Kelantan yang dapat tanah? Saya rasa rakyat Kelantan tidak dapat menerima tindakan kerajaan negeri ini.

"Kalau kita (UMNO dan Barisan Nasional) buah begitu, habis Pas bersyarah (menghentam tindakan tersebut), tetapi mereka (pemimpin DAP terbabit) inilah kroni-kroni kerajaan Pas Kelantan, sebab itu mereka dapat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melawat peniaga-peniaga di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di sini. Yang turut hadir, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Wilayah Timur 1, Mohd. Ariffin Awang. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.