VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 16/03/2013

Tindakan tatatertib serta-merta

Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara menderma untuk Tabung Wira Negara pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 di Putrajaya, semalam.

LAHAD DATU 15 Mac - Mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah menghina pasukan keselamatan akan diambil tindakan tegas termasuk dikenakan tindakan tatatertib serta-merta.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa menegaskan pihaknya langsung tidak akan berkompromi terhadap tindakan tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab itu.

"Nasihat saya kepada penjawat awam, jangan sebarkan maklumat palsu yang tidak sahih dan janganlah hendak cuba menjadi orang yang menyebarkan maklumat seperti ini," katanya ketika ditemui selepas mendengar taklimat tentang keadaan pencerobohan di Lahad Datu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain.

Baru-baru ini seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah di Kelantan dikatakan menghina polis dengan gelaran anjing dan menyifatkan wira negara yang terkorban sebagai mati katak sebagaimana yang dipetik di akaun Facebook miliknya.

Ali bagaimanapun mengakui hanya segelintir penjawat awam yang melakukan tindakan seperti itu dan tidak mewakili kesemua penjawat lain di negara ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.