VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 14/03/2013

Persatuan Si Gong sumbang RM100,000 untuk keluarga perwira penceroboh

AYUB Yaakob (dua kanan) menerima replika cek sumbangan sebanyak RM100,000 daripada Ch'ng Keng Hock (dua kiri) dalam satu majlis makan malam di Klang, malam tadi. - UTUSAN/SITI ROHAIZAH ZAINAL

KLANG 14 Mac - Bagi menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan yang gugur semasa Ops Daulat di Sabah, Persatuan Si Gong Pandamaran menyerahkan sumbangan RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis makan malam, di sini malam tadi.

Sumbangan itu merupakan hasil kutipan yang diusahakan Persatuan Si Gong untuk membantu meringankan beban keluarga anggota keselamatan yang kehilangan orang tersayang.

Penasihat Persatuan Si Gong, Datuk Ching Eu Boon berkata, sumbangan itu menandakan sokongan dan keprihatinan masyarakat Cina terhadap pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahankan negara daripada penceroboh.

"Masyarakat Cina di negara ini juga mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara serta menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan. Kita tidak rela negara diceroboh dan menyokong usaha pasukan keselamatan dalam mempertahankan negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan replika cek sumbangan tersebut oleh Presiden Yayasan Si Gong, Ch'ng Keng Hock kepada Pengerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Bukit Aman, Datuk Wira Ayub Yaakob yang turut disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.

Yang hadir sama, Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Mohamad Md. Yusof.

Kira-kira 1,000 penduduk Pandamaran yang menghadiri majlis makan malam tersebut turut berdiri sambil mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda sokongan kepada pasukan keselamatan yang bertugas dalam Ops Daulat.

Mereka juga memegang kain rentang yang tertulis "Kita sokong PM menghapuskan penceroboh Sulu".

Sementara itu, Ayub ketika ditemui berkata, beliau terharu dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan Persatuan Si Gong dan semua rakyat Malaysia kepada pasukan keselamatan yang berjuang dalam 'Ops Daulat'.

"Sokongan yang diberikan menyuntik semangat kami untuk berjuang mempertahankan kedaulatan negara," katanya. - UTUSAN

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.