VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 14/03/2013

Dua lagi mayat pengganas Sulu ditemui di Sungai Nyamuk

LAHAD DATU 13 Mac - Dua lagi mayat pengganas Sulu dijumpai oleh pihak keselamatan negara hari ini, bersama sepucuk pistol serta selaras senapang penembak tepat yang dipercayai digunakan untuk menembak Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, kedua-dua mayat musuh itu telah dibawa keluar dari kawasan penggeledahan di Sungai Nyamuk, di sini iaitu lokasi tembak menembak yang mengorbankan arwah.

Katanya, operasi bagi menjejak musuh itu bermula pukul 7.15 pagi ini.

“Dalam kejadian tembak menembak semalam di Sungai Nyamuk, pihak keselamatan negara percaya telah berjaya menembak tiga anggota pengganas, tetapi hanya dua mayat musuh ditemukan.

“Namun dalam operasi hari ini, kita berjaya menemukan dua lagi mayat musuh, sekali gus menjadikan jumlah musuh yang berjaya ditembak mati sebanyak 58 orang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Mengulas lanjut, Zulkifeli berkata, kawasan penggeledahan telah diperluaskan sehingga menghampiri Kampung Tanjung Batu.

Beliau berkeyakinan operasi menggeledah seluruh Kampung Sungai Nyamuk yang terletak antara Kampung Tanduo dan Tanjung Batu itu, akan dapat diselesaikan esok.

Dalam pada itu, diminta mengulas kenyataan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid memperlekehkan anggota keselamatan, Zulkifeli dengan tegas berkata, kenyataan itu sama sekali tidak boleh diterima kerana beliau tidak tahu situasi sebenar di sini.

Beliau walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut pandangan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat itu.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.