VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 13/03/2013

Tentera lakukan pengorbanan paling tinggi - Mustapa

PASIR MAS 13 Mac - Berjuang di medan perang bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara dengan mempertaruhkan nyawa sendiri adalah pengorbanan paling tinggi yang mampu dilakukan oleh seseorang individu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pengorbanan tersebut hanya mampu dilakukan oleh seorang anggota tentera justeru ia adalah pekerjaan mulia yang perlu dihargai semua pihak.

"Ini adalah pengorbanan paling tinggi yang boleh diberikan seseorang maka hentikan segala spekulasi dan fitnah marilah kita bersatu, ini bukan main-main, ini libatkan maruah negara.

"Kita semua wajib pertahankan negara kita, marilah kita bersatu bertanggungjawab sebab negara, taat setia pada Yang Dipertuan Agong, tidak mahu suara-suara sumbang dan kata-kata yang tunjukkan kita tidak peka kepada kehibaan anggota keselamatan," katanya di sini hari ini.

Mustapa berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri upacara pengkebumian Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang terkorban pada pukul 10.45 pagi semalam dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah. - UTUSAN

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.