VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 Oktober 2014 / 8 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 12/03/2013

6 sekolah di Terengganu capai sasaran akademik

KUALA TERENGGANU 12 Mac - Sebanyak 76 sekolah di Terengganu mencapai sasaran kerajaan negeri dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, jumlah itu meliputi 21 sekolah menengah dan 55 sekolah rendah.

Kerajaan negeri menetapkan sasaran berdasarkan formula '20-10-5-2' iaitu 20 peratus calon UPSR mendapat semua A, 10 peratus bagi PMR, lima peratus untuk Sijil Pelajaran Malaysia dan dua peratus bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, katanya di sini hari ini.

Katanya, sekolah terbaik akan menerima Anugerah Anjung Ilmu yang diperkenal kerajaan negeri bermula tahun ini.

Beliau ditemui pemberita selepas penyampaian anugerah itu kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Tapu (peringkat UPSR) dan Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud (peringkat PMR). Setiap sekolah turut menerima wang tunai RM10,000.

"Kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM300,000 untuk anugerah itu yang baru diwujudkan tahun ini dan akan diteruskan pada masa akan datang bagi melonjakkan lagi motivasi para guru untuk terus cemerlang dalam pencapaian akademik sekolah masing-masing," katanya.

Menurutnya bagi tujuan itu juga satu perhimpunan warga pendidik bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan diadakan dalam masa terdekat. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:06
Isyak 8:15


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.