VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 11/03/2013

SKMM kaji bayar rebat

KUALA LUMPUR 10 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji kemungkinan mengarahkan syarikat telekomunikasi (telko) membayar rebat kepada pengguna telefon mudah alih yang mengalami masalah dropped calls atau panggilan telefon bimbit tiba-tiba terputus.

Ketua Pegawai Pembangunan dan Perancangan SKMM, Datuk Mohd. Ali Hanafiah Mohd. Yunus berkata, pemberian rebat sebagai ganti rugi kepada pengguna itu merupakan perkara yang terkandung dalam proses kajian semula ke atas kandungan Kod Amalan Am Pengguna (GCC).

Kata beliau, kajian itu akan dilaksanakan SKMM bersama Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) untuk industri komunikasi dan multimedia.

''SKMM dan CFM sedang mengkaji semula GCC untuk industri komunikasi dan multimedia termasuklah mekanisme rebat,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan rungutan orang ramai mengenai kegagalan telko menyelesaikan masalah dropped calls dalam kalangan pengguna telefon bimbit meskipun SKKM telah bertindak tegas dengan mengeluarkan kompaun kepada beberapa telko terlibat.

Berikutan itu, beberapa persatuan pengguna menggesa kerajaan supaya mengarahkan telko membayar rebat sebagai ganti rugi kepada pengguna yang berdepan dengan masalah tersebut.

Berdasarkan rekod SKMM, jumlah langganan telefon selular di Malaysia adalah kira-kira 41 juta pengguna atau sebanyak 141.6 peratus pengguna daripada keseluruhan jumlah penduduk.

Mohd. Ali memberitahu, dropped calls tidak boleh menjadi sifar disebabkan ciri-ciri teknologi tanpa wayar bagaimanapun telko perlu berusaha mengurangkan masalah tersebut.

Dalam usaha itu, kata beliau, telko merancang mengadakan pengujian rangkaian berterusan bersama-sama SKMM dalam mengenalpasti kawasan-kawasan bermasalah untuk menambah baik sistem rangkaian.

Walau bagaimanapun tegasnya, SKMM boleh mengambil tindakan untuk terus mendenda pihak telko yang melanggar syarat-syarat lesen seperti dipersetujui pada peringkat awal.

Ditanya adakah benar isu dropped calls merupakan sebahagian daripada strategi telko untuk meningkatkan pendapatan, kata beliau, andaian itu tidak benar.

Beliau menjelaskan, secara rasional sekiranya dropped calls dapat dikurangkan telko dapat menambah pendapatan ekoran pengguna akan mempunyai masa perbualan yang lebih lama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.