ARKIB : 07/03/2013
Lagi pengganas ditembak mati
LAHAD DATU 6 Mac - 'Op Daulat' yang memasuki hari kedua berjaya membunuh seorang lagi pengganas Sulu selepas berlaku kejadian berbalas tembakan di ladang kelapa Sawit di Kampung Tanduo, di sini pada pukul 6.45 pagi.
Pada masa sama, enam lagi pengganas dan orang hubungan mereka diberkas di dua lokasi berbeza iaitu dua di Tanjung Labian, dekat sini manakala empat yang dipercayai terlibat dalam serang hendap Sabtu lalu ditangkap di Semporna.
Memasuki hari kedua, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperluaskan lagi lagi 'Op Daulat' meliputi kawasan sehingga 10 kilometer persegi berbanding hanya empat kilometer semalam.
Kawasan tumpuan operasi ialah Kampung Tanjung Batu iaitu kira-kira tiga kilometer dari Kampung Tanduo di mana pengganas Sulu dikesan menyamar sebagai penduduk kampung bagi tujuan melolos diri dan melakukan serang hendap.
Taktik itu dikesan mula dipraktikkan pengganas Sulu ketika melancarkan serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul yang membunuh enam anggota polis apabila semua musuh memakai sehingga tiga lapis baju berbeza.
Utusan Malaysia difahamkan, selain menyamar sebagai penduduk kampung, 'drama' tebusan yang berlaku di Kampung Tanjung Batu juga sebahagian daripada taktik perang gerila pengganas Sulu untuk melepaskan diri.
Operasi yang bermula pukul 3 petang itu menyaksikan beberapa kejadian berbalas tembakan dan dipercayai terdapat kematian di kalangan pengganas berikutan penemuan tumpahan darah dalam jumlah yang banyak.
Bagaimanapun sehingga pukul 12 malam ini tiada pengesahan dibuat pihak berkuasa tetapi di pihak ATM mahu pun PDRM yang ditunjangi Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) serta Pasukan Gerakan Am (PGA) tiada sebarang kecederaan.
Sama seperti tindakan ofensif semalam, operasi penggeledahan hari ini disokong unit udara tetapi tiada sebarang bom digugurkan kerana pesawat tempur dan pesawat tanpa pemandu (UAV) kali ini hanya digunakan sebagai elemen sokongan.
Dalam pada itu, operasi penggeledahan dan pembersihan yang dilakukan pihak keselamatan negara terpaksa dilakukan dengan penuh berhati-hati kerana musuh sentiasa sahaja mengguna taktik serang dan lari.
Ia terbukti apabila sekumpulan polis forensik yang ditugaskan menyiasat dua kubur besar mengandungi 12 mayat pengganas di Kampung Tanduo diserang hendap pada pukul 1.45 petang tetapi bernasib baik kerana tiada kecederaan.
Kesemua pengganas dikebumikan secara ala kadar setelah terbunuh akibat bertempur dengan anggota komando VAT 69 selepas pihak musuh terlebih melepaskan tembakan pada 1 Mac lalu membunuh dua anggota keselamatan negara.
Sementara itu, sumber memaklumkan, pihak keselamatan negara menghadapi banyak cabaran dalam kerana pengganas Sulu bukan sahaja mahir dan terlatih dalam peperangan gerila tetapi tahu selok-belok demografi di kawasan operasi.
Tambah menyusahkan pihak berkuasa kata beliau, terdapat segelintir penduduk kampung berketurunan Suluk dikesan memberi bantuan kepada pengganas Sulu meloloskan diri sama ada dalam bentuk maklumat mahupun bekalan makanan.
"Bagaimanapun kita mempunyai strategi tersendiri untuk menangani masalah ini dan kami yakin perancangan rapi yang dibuat ini bakal membuahkan hasil positif ditambah pula dengan semangat tinggi anggota keselamatan," katanya.
BN tidak pernah curi kemenangan pembangkang, ia tuduhan palsu - PM
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
Jangan tolak kerajaan - Najib
KDN tangani fitnah siber
Pembaca Cina sokong tindakan terhadap Red Bean Army
Citrawarna 1Malaysia penuh kemeriahan
Selesaikan dalam enam bulan
AirAsia perlu diberi pengajaran
Kaji kembalikan nama Universiti Pertanian
Fiesta Riuh Sakan meriah
Fiesta 75 Tahun Utusan meriah
Shabery ucap tahniah kepada Utusan
Bantu naik taraf ekonomi Melayu, India
Halal: Malaysia beri sumbangan besar kepada Kazakhstan
221 terima darjah kebesaran Pahang
'Kami tempuhi bersama'
Budak tak boleh kahwin kecuali dapat kelulusan
BN tidak pernah curi kemenangan pembangkang, ia tuduhan palsu - PM
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









