ARKIB : 05/03/2013
Semangat anggota polis, tentera dalam Ops Daulat terus membara
PETALING JAYA 5 Mac - Semangat anggota polis dan tentera yang menyertai 'Ops Daulat' untuk menghapuskan pengganas asing bersenjata dari Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah terus membara berkat sokongan dan dorongan kuat seluruh rakyat Malaysia, demikian diumumkan hari ini.
Dalam sidang video dengan editor kanan media dari Lahad Datu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, anggota polis dan tentera yang menyertai operasi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ismail berkata, anak buahnya mendapat semangat daripada sokongan yang dipamerkan orang ramai terhadap usaha mereka memburu pengganas berkenaan.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd. Zin pula berkata, selain semangat tinggi yang ditunjukkan anggota tentera, seperkara lagi yang begitu membanggakan ialah kerjasama erat yang terjalin antara pasukan polis dan tentera dalam operasi pembersihan di Kampung Tanduo melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Sejak dua tahun lepas, polis dan tentera melaksanakan beberapa inisiatif melalui NBOS.
Dalam gerakan menghapuskan penceroboh bersenjata itu, lapan anggota polis terkorban akibat serang hendap di Kampung Tanduo dan di Kampung Simunul, Semporna pada Jumaat dan Sabtu. - BERNAMA
Enam anak Felda takluk Everest
Malaysia lobi kerusi Majlis Keselamatan
SPR tubuh pasukan khas semak guna dakwat kekal
PPPR syor tiga langkah perangi rasuah
2 kementerian setuju NBOS diperkasa
Dua kementerian bergerak senada
CUEPACS gesa boikot AirAsia
Perkasa desak Kalimullah mohon maaf
Kalimullah tidak faham sejarah, lupa diri
AirAsia enggan bawa pulang jenazah dari Jogjakarta
MAS sedia perkhidmatan bawa jenazah
7 muka baharu Exco N. Sembilan
Blog kemas kini senarai boikot produk
Richard tumpu isu gaji minimum
Kesihatan Azizan semakin baik
Pengguna kapal terbang naik 2.17j
Fiesta 75 Tahun Utusan menanti di Festival Belia Putrajaya 2013
Raja Nazrin rasmi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
Dakwat kekal: SPR tubuh pasukan khas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









