VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 04/03/2013

Pencerobohan: Sidang khas Parlimen tak perlu - Khairy

KUALA LUMPUR 4 Mac - Cadangan pembangkang agar sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan tentang isu keselamatan di Sabah adalah tidak relevan, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, cadangan tersebut tidak perlu kerana boleh menyebabkan isu pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah dipolitikkan, sekali gus menimbulkan perbalahan antara pembangkang dan kerajaan.

"Pihak pembangkang tidak berminat untuk mencari jalan penyelesaian sebaliknya ingin memanjangkan masalah ini demi kepentingan politik mereka," katanya kepada pemberita pada Majlis Tahlil untuk Pewira yang terkorban di Sabah, anjuran Pemuda UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Khairy berkata demikian ketika mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan isu keselamatan di Sabah.

Misalnya, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, Presiden Barack Obama, tidak mengadakan perbincangan Kongres mengenai gerakan operasi menangkap Osama bin Laden, pengganas paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat.

"Obama dari parti Demokrat tidak memanggil pihak Republikan untuk membincangkan strategi ketenteraan sebelum melaksanakan operasi tersebut sehingga berjaya membunuh Osama," katanya.

Pada majlis tahlil itu, Khairy turut mengumumkan sumbangan RM10,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu yang diuruskan oleh Media Prima Berhad.

Terdahulu, Anwar, ketika membuat cadangan itu pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, berkata beliau akan mengemukakan surat permohonan kepada Perdana Menteri Datuk seri Tun Razak dan Speaker agar sidang khas itu dapat diadakan dengan segera.

"Ia amat penting bagi mendapat muafakat di antara semua anggota Parlimen dan parti serta dapat menghentikan tuduh-menuduh sesama sendiri," katanya.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua kerana mendakwa insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai "sandiwara dan konspirasi terancang kerajaan UMNO".

Laporan tersebut dibuat oleh ketuanya Anuar Safian di Balai Polis Kubang Kerian pada pukul 3.30 petang hari ini.

Anuar berkata, dakwaan Tian Chua itu berniat jahat untuk menjatuhkan imej Umno dengan meracuni fikiran rakyat supaya membenci kerajaan pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum.

Di SHAH ALAM, lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat laporan media asing bahawa seorang pemimpin pembangkang di negara ini mempunyai kaitan dengan isu pencerobohan di Sabah.

Lima NGO tersebut ialah Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Jaringan Cina Malaysia, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Kelab Perpaduan Insan Selangor dan Persatuan Kompang Ezhar Seksyen 6 Shah Alam.

Sebelum ini, artikel berita Reuters memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata, penceroboh datang atas jemputan seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.

Akhbar The Manila Times dilaporkan mendakwa pencerobohan itu mempunyai kaitan dengan kempen pembangkang Malaysia untuk memberi autonomi kepada Sabah jika mereka menang dalam pilihan raya umum. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.