VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 04/03/2013

Koperal Salam ingin mati syahid - Balu

ALLAHYARHAM KOPERAL SALAM TOGIRAN... Anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap kumpulan penceroboh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna, Sabah. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN

AHLI keluarga Koperal Salam Togiran meratapi pemergian anggota polis itu yang terkorban dalam kejadian tembakan di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabtu lepas di Surau As-Salam, Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau, hari ini. - BERNAMA

TAWAU 4 Mac - Allahyarham Koperal Salam Togiran yang terkorban dalam kejadian serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna Sabtu lepas, sentiasa melahirkan keinginan untuk mati syahid seperti syahidnya pejuang Palestin menentang rejim zionis.

Balu Allahyarham, Marlina Utan, 38, berkata sejak tiga bulan lepas, Salam, 42, menzahirkan keinginnya itu setiap kali melihat keberanian rakyat Palestin menentang rejim zionis yang disiarkan di televisyen.

"Kalau ada siaran mengenai Palestin dia selalu cakap bagusnya kalau saya yang pergi ke sana, saya mahu mati syahid. Itulah yang selalu menjadi punca saya memarahi dia. Selalu dia cakap dia mahu mati syahid," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Seri Indah dekat sini, hari ini.

Marlina berkata, sebelum menyertai operasi, suaminya berpesan agar beliau menjaga empat anak mereka dan menelefonnya kira-kira pukul 3 petang Sabtu (sebelum kejadian) meminta beliau mendoakan keselamatannya.

"Saya tanya dia kenapa. Dia kata 'Saya mahu ikut operasi. Doakan saya selamat'. Saya kata amin, mudah-mudahan selamat," katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Jenazah Salam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas pada 10.15 pagi ini selepas disembahyangkan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Marlina yang mendirikan rumah tanggga dengan Allahyarham sejak 13 tahun lalu menyifatkan arwah sebagai suami dan ayah yang sempurna.

"Saya bangga dia gugur sebagai pejuang. Dia berjuang untuk kedaulatan negara. Dia sanggup mempertaruhkan nayawanya. Sebagai isteri, saya bangga," katanya.

- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.