VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 01/03/2013

Malaysia-Thailand tandatangan Perjanjian Lintas Batas

PUTRAJAYA 28 Feb. - Malaysia dan Thailand hari ini menandatangani Perjanjian Lintas Batas bersempena lawatan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra ke negara ini.

Perjanjian itu bertujuan menggantikan Traffic Across the Boundary Between the Malay States and Thailand yang ditandatangani di Bangkok pada 24 Jun 1940.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beberapa elemen telah diperbaharui bagi meningkatkan keselamatan dan kemudahan pergerakan rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Katanya, perjanjian baru itu menjelaskan isu pengeluaran Pas Sempadan antara Malaysia - Thailand dan memutuskan negeri bersempadan sahaja yang layak menggunakan pas tersebut.

''Pas Sempadan yang dikeluarkan sah digunakan untuk tempoh setahun dengan setiap kali kemasukan tidak melebihi 30 hari,'' katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Hishammuddin, pas tersebut hanya dibenarkan untuk melawat saudara-mara, pelancongan, sukan, latihan jangka pendek (tidak lebih sembilan bulan), menghadiri seminar, mesyuarat, persidangan, sidang akhbar membuat liputan serta tujuan lain yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Katanya, Pas Sempadan juga dibenarkan untuk kegunaan di negeri-negeri yang dipersetujui sahaja.

''Sekiranya hendak melangkaui sempadan negeri yang telah ditetapkan maka perlu menggunakan pasport antarabangsa negara masing-masing,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.