VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 26/02/2013

Banjir: 88 penduduk Kg. Ampar Tenang, Kg. Lalang dipindah

SEPANG 26 Feb. - Seramai 88 mangsa terpaksa dipindahkan akibat banjir kilat sedalam kira-kira semeter melanda Kampung Ampar Tenang dan Kampung Lalang di sini selepas hujan lebat lebih sejam petang tadi.

Timbalan Penolong Pengarah Bomba (Operasi) Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan sepuluh penduduk yang terperangkap pada kira-kira 5.40 petang.

Beliau berkata, lima pegawai dan 38 anggota dari Balai Bomba Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dikerah ke tempat kejadian bagi membantu memindahkan mangsa.

"Tujuh warga emas dan tiga bayi, termasuk seorang pesakit angin ahmar, berjaya diselamatkan dalam operasi tersebut," katanya ketika dihubungi.

Mohd. Sani tidak menolak kemungkinan jumlah mangsa yang dipindah bertambah memandangkan operasi menyelamat masih dijalankan, dan dibantu anggota Jabatan Perkhidmatan Awam serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya, semua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Ampar Tenang dan Dewan Orang Ramai Kampung Lalang. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.