ARKIB : 25/02/2013
Manifesto pembangkang bawa Malaysia menuju bankrap
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Malaysia menuju bankrap jika janji-janji pakatan pembangkang seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilaksanakan.
Pembangkang yang cuba menjadikan negara ini serba percuma juga terlupa terhadap usaha menarik pendapatan kerajaan terutama melalui pelabur asing.
Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizuddin Nooh berkata, manifesto pakatan pembangkang itu banyak memberi berbanding menarik pendapatan.
Hal ini, tegas beliau, akan menyebabkan negara hilang arah tuju, sekali gus berdepan masalah bankrap.
"Pelabur akan takut melabur di negara ini sekiranya tiada penumpuan insentif terhadap mereka.
"Pakatan pembangkang tidak memberi indikator untuk menarik lebih ramai pelabur bagi menyuburkan ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengenai janji menurunkan harga kenderaan dan melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Noorizuddin menambah, kedua-dua usaha itu bukannya sesuatu yang menakjubkan sebaliknya sedang dan telah pun dilakukan kerajaan pada waktu ini.
Baru-baru ini, katanya, kerajaan telah berjaya menarik perhatian enam pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk melabur dalam sektor automotif tempatan sekali gus menjadikan harga kenderaan lebih rendah menjelang 2015.
Selain itu, jelas beliau, kerajaan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) berusaha mengurangkan pegangan kerajaan dalam GLC di negara ini.
"Semua syer milik kerajaan dalam GLC telah dikurangkan mulai tahun 2010 bagi menambah kecairan kewangan yang dimiliki oleh kerajaan," kata Noorizuddin. - UTUSAN ONLINE
Tidak timbul isu tunduk kepada mana-mana pihak - MB
Zambry umum barisan Exco Kerajaan Negeri Perak
Jumlah kontraktor Kelas F disenarai hitam meningkat
Sembilan Exco Perak angkat sumpah jawatan
Tunggu tindakan tegas - Zahid Hamidi
Khairy turut pelawa pembangkang
Ibu pejabat korporat baharu Kumpulan Utusan siap sepenuhnya
Tingkatkan peranan belia - Shafie
Percaya Najib mampu bawa transformasi
Janji turun harga kereta ditunai
Mantapkan perpaduan rakyat - Raja Perlis
Jangan salah faham maksud jihad
Anjung Kasih, Anjung Singgah diperluas
Bersedia hadapi cabaran baharu - Richard Riot
Khalid Abu Bakar terima watikah pelantikan KPN
MCPF mahu kerjasama dengan PDRM
Kerajaan gerak usaha bagi perkukuh umat Islam - Jamil Khir
Strategi lonjak pendidikan dirangka
Ismail Sabri mula tugas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









