ARKIB : 22/02/2013
LHDN hantar borang penyata cukai taksiran 2012
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sedang dalam proses menghantar Borang Penyata Cukai Pendapatan (ITRF) bagi kategori E, BE, B, M, P, TP, TF dan TJ bagi Tahun Taksiran 2012 kepada pembayar cukai yang meraih pendapatan daripada perniagaan dan/atau pendapatan lain.
Bagaimanapun, Lembaga itu tidak akan mengeluarkan ITRF bagi Tahun Taksiran 2012 kepada pembayar cukai yang sebelum ini mengemukakan borang melalui e-Filing (termasuk m-Filing).
Pembayar cukai boleh terus menggunakan perkhidmatan e-Filing untuk mengemukakan ITRF mereka bagi Tahun Taksiran 2012 mulai 1 Mac, katanya dalam satu kenyataan semalam.
Tarikh tutup untuk mengemukakan ITRF bagi Tahun Taksiran 2012 ialah: 31 Mac, 2013 bagi majikan; 30 April, 2013 bagi mereka yang tidak menjalan perniagaan, dan 30 Jun, 2013 bagi mereka yang menjalankan perniagaan.
Ia berkata e-Filing ialah perkhidmatan percuma yang disediakan oleh LHDN yang membolehkan pembayar cukai melengkapkan, mengira dan mengemukakan ITRF mereka secara elektronik melalui Internet. - BERNAMA
Kes 4 mati di MRR2: Pemandu Proton Satria didakwa minggu depan
PDRM tubuh Jabatan Pencegahan Jenayah tangani masalah jenayah
Penggabungan selesai sebulan
Enam anak Felda takluk Everest
Malaysia lobi kerusi Majlis Keselamatan
SPR tubuh pasukan khas semak guna dakwat kekal
PPPR syor tiga langkah perangi rasuah
2 kementerian setuju NBOS diperkasa
Dua kementerian bergerak senada
CUEPACS gesa boikot AirAsia
Perkasa desak Kalimullah mohon maaf
Kalimullah tidak faham sejarah, lupa diri
AirAsia enggan bawa pulang jenazah dari Jogjakarta
MAS sedia perkhidmatan bawa jenazah
7 muka baharu Exco N. Sembilan
Blog kemas kini senarai boikot produk
Richard tumpu isu gaji minimum
Kesihatan Azizan semakin baik
Pengguna kapal terbang naik 2.17j
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









