VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 21/02/2013

Bukti Kelantan pindah milik tanah di Lembah Sireh

KOTA BHARU 20 Feb. - Pertubuhan bukan kerajaan, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaan Kerajaan Pas Kelantan dikatakan memindah milik sebidang tanah di Lembah Sireh dekat sini kepada syarikat pemaju projek bernilai RM2 bilion.

Lebih mengejutkan, syarikat berkenaan dikatakan telah memajakkan pula tanah tersebut selama 99 tahun kepada pemilik sebuah pasar raya yang beroperasi di kawasan itu.

Bagi membuktikan dakwaan itu, Presiden OMBAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad turut menunjukkan kepada wartawan sekeping dokumen bertajuk Kaedah Tanah Kelantan, Cabutan Dari Hak Milik.

Menurut Wan Khairul Ihsan, dokumen itu jelas menyatakan tuan punya tanah berkenaan ialah Liziz Standaco Sdn. Bhd. (Liziz Standaco), pemaju projek pembangunan Lembah Sireh yang sehingga kini masih gagal dilaksanakan mengikut jadual.

Katanya, turut mengundang persoalan ialah dokumen itu menyatakan tiada sekatan-sekatan kepentingan oleh Kerajaan Pas Kelantan ke atas tanah tersebut yang berada di dalam kawasan rizab Melayu.

"Mana mungkin rizab Melayu diberi kepada orang luar. Ini menunjukkan ada usaha membatalkan hak-hak sekatan dan hanya boleh dicapai dalam mesyuarat Exco negeri.

"Keseluruhan Exco bertanggungjawab melulus atau memajakkan tanah tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Khairul Ihsan berkata, perkembangan itu menunjukkan Kerajaan Pas negeri dan syarikat pemaju mengaut keuntungan namun rakyat Kelantan terus kerugian kerana tanah mereka dipindah milik kepada pihak luar.

Projek Lembah Sireh merupakan projek kerjasama antara kerajaan negeri dengan Liziz Standaco yang mana kerajaan negeri bersetuju menyerahkan kira-kira 400 hektar tanah di tebing Sungai Kelantan untuk dimajukan.

Sebagai imbuhan, Liziz Standaco akan memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal bernilai lebih RM350 juta.

Walau bagaimanapun, penemuan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 sehingga Disember 2011 lalu mendapati Liziz Standaco belum melaksanakan komponen projek fizikal yang dijanjikan.

OMBAK sebelum ini mendakwa, Kerajaan Pas Kelantan dipercayai mengalami kerugian lebih RM700 juta berikutan kegagalan projek Lembah Sireh itu membabitkan hasil daripada nilai tanah yang diberikan kepada syarikat pemaju serta sumbangan balas syarikat tersebut kepada Kerajaan Pas Kelantan seperti termaktub dalam perjanjian antara kedua-dua pihak.

Namun, Kerajaan Pas Kelantan menyifatkan pelaksanaan projek bernilai RM2 bilion melibatkan kerajaan negeri memindah milik tanah seluas 286.7 hektar kepada syarikat pemaju seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2011 sebagai tidak merugikan.

Malah, kerajaan negeri turut menafikan dakwaan tanah di kawasan tersebut telah dipindah milik sebaliknya hanya dipajakkan untuk tempoh tertentu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.