VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 17/02/2013

200,000 anggota tentera bakal terima durian runtuh

BESUT 16 Feb. - Lebih 200,000 anggota tentera dan ahli Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd. (Koperasi Tentera) dijangka menikmati durian runtuh dalam masa terdekat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membayangkan kesemua mereka akan menerima dividen dan bonus tertinggi dalam sejarah iaitu melebihi 13 peratus untuk Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Koperasi Tentera.

"Kita menjangkakan dividen dan bonus kali ini tertinggi dalam sejarah LTAT dan Koperasi Tentera, bagaimanapun kita meminta semua pihak supaya menunggu sehingga pengumuman rasmi dibuat selepas ini.

"Bayaran bonus dan dividen ini akan memberikan faedah kepada semua pencarum," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Pertahanan bersama Warga Pangkalan Udara Gong Kedak di sini hari ini.

Yang turut hadir Asisten Ketua Staf Tadbir Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Noh Mohd. Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh.

Sementara itu, ketika berucap dalam majlis tersebut, Ahmad Zahid berkata, semua anggota tentera harus bersyukur dengan pelbagai nikmat yang diperoleh hasil daripada kebijaksanaan kerajaan yang memerintah.

"Kita sebagai pegawai dan anggota pelbagai insentif telah diberikan, apa sahaja permohonan munasabah telah diberikan Perdana Menteri, bahkan beliau pernah menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun, ini bererti setiap denyut nadi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) beliau fahami.

"Bukan itu sahaja, setiap anggota yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 diberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan bujang pula menerima RM250.

"Kalau kita lihat secara mendalam lagi, mana ada negara di dunia ini hantar anak ke sekolah dapat duit dan inilah kebijaksanaan pemimpin kita walaupun Malaysia tidak sekaya negara lain tetapi boleh memberikan yang terbaik kepada rakyat," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan kepada semua komander dan pegawai memerintah di setiap kem supaya tidak campur tangan dalam urusan pilihan raya.

"Biarpun perkara ini tidak pernah berlaku tetapi saya ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua komander kem supaya jangan campur tangan, beri 100 peratus kepada semua pegawai dan anggota untuk memilih pemimpin mereka walaupun hakikatnya sejak dahulu lagi kebebasan diberikan sepenuhnya.

"Bermula pada Pilihan Raya Kecil Teluk Kemang, sistem pengundian pos ditukar kepada pengundian awal iaitu undian dilakukan tiga atau empat hari sebelum tarikh pengundian dan kaedah ini sama seperti proses pengundian biasa.

"Pegawai memerintah tidak akan memangkah, anggota akan memangkah sendiri. Wakil calon akan melihat sendiri (proses pengundian), sewaktu pengiraan undi dan pengumuman pemenang juga wakil akan berada di situ, jadi tidak timbul langsung pegawai memerintah yang memangkah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.