VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 Ogos 2014 / 24 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 16/02/2013

Ikan spesies paus ditemui

Beginilah bentuk ikan yang dipercayai daripada spesis paus ditemui di perairan Teluk Sepanggar, dekat Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

KOTA KINABALU 15 Feb. - Beberapa penduduk penempatan atas air di Kampung Gentisan, Sepanggar dekat sini dikejutkan dengan penemuan seekor mamalia marin yang dipercayai spesies ikan paus, berenang lemah di perairan laut Teluk Sepanggar.

Dalam kejadian sekitar pukul 12 tengah hari itu, sekumpulan remaja menemui ikan tersebut berhampiran tebing batu di perairan tersebut.

Salah seorang remaja hanya dikenali sebagai Ikhwan, 18, berkata, dia bersama rakan sedang bersiar-siar di pesisiran pantai, sebelum terlihat kelibat satu objek berwarna hitam.

"Kami kemudiannya pergi mendekati dan mendapati objek itu berupa seakan-akan ikan paus atau ikan lumba-lumba. Kami juga dapati terdapat luka di bahagian atas badan serta muncungnya. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, haiwan itu kembali ke laut," katanya yang ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, mamalia marin itu dilihat berenang berdekatan tongkang milik penduduk kampung di situ beberapa jam sebelum kedatangan pihak berkuasa bagi operasi menyelamatnya.

Sementara itu, Pegawai Sains Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Suhaimi Ahmad Ali mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mamalia marin tersebut.

Menurutnya, satu pasukan dari unit penyelidikan jabatan itu bergegas ke perairan tersebut setelah menerima makluman daripada Jabatan Perikanan Sabah berhubung perkara itu.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya masih belum mengenal pasti spesies mamalia marin berkenaan yang dalam keadaan tenggelam timbul di perairan pantai.

"Ketika operasi menyelamat dilakukan, pihak kami cuba menangkap mamalia itu tetapi haiwan itu bertindak berenang ke paras air yang lebih dalam. Usaha mengiringinya ke perairan lebih dalam juga gagal kerana haiwan itu kembali semula ke kawasan pantai," katanya.

"Kami juga dapati kesan luka di badan haiwan itu. Jabatan Hidupan Liar juga telah dimaklumkan dengan penemuan mamalia ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.