ARKIB : 15/02/2013
Usaha bawa keluar jenazah pendaki Gunung Tahan masih diteruskan
KUALA LIPIS 15 Feb. - Jenazah pendaki yang mati sejak malam Rabu lepas setelah mengalami sakit dada dan sesak nafas ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan dekat sini, masih gagal dikeluarkan dari kawasan hutan itu.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Anuar Hassan berkata sehingga 4 petang tadi, pihaknya masih tidak dapat mengeluarkan jenazah Allahyarham Amir Kamaruzaman Ab Wahab, 35, dari kawasan itu berikutan cuaca buruk dan hujan lebat.
"Helikopter penyelamat juga masih gagal mendekati kawasan hutan itu berikutan cuaca buruk," katanya.
Beliau berkata, hanya dua pendaki ketika ini berada di Kem Belumut bersama jenazah.
Katanya, pasukan penyelamat kini hanya dapat berhubung dengan kumpulan pendaki terbabit bagi mendapatkan maklumat terkini.
"Seramai 23 lagi pendaki yang menyertai ekspedisi mendaki gunung itu kini dalam perjalanan keluar dari kawasan hutan berkenaan," katanya.
Amir Kamaruzaman, dilapor meninggal dunia selepas mengalami sakit dada dan sesak nafas pada kira-kira 9.30 malam.
Seorang kenalan Allahyarham, Hafizul Hamdi, 37, yang menunggu di pekarangan Bilik Mayat Hospital Lipis berkata beliau terkejut selepas dimaklumkan kejadian itu.
"Allahyarham merupakan seorang yang mempunyai ketahanan fizikal kerana kerap mengikuti aktiviti lasak. Allahyarham yang bekerja sebagai pengurus di sebuah firma insurans di Petaling Jaya, Selangor meninggalkan seorang balu yang sedang mengandung tujuh bulan dan tiga orang anak berusia tiga, lima dan tujuh tahun," katanya.
Beliau berkata, Allahyarham merupakan seorang yang mahir dan berpengalaman kerana sudah beberapa kali mendaki Gunung Tahan sebelum ini.
Seorang lagi rakan, Solehah Salikin, 40, berkata, beliau difahamkan Allahyarham yang mengetuai ekspedisi itu bertindak berehat di kem Belumut selepas mengadu sakit dada.
"Saya diberitahu oleh jurupandu arah dalam ekspedisi itu yang Allahyarham berehat di kem Belumut dan tidak meneruskan pendakian ke puncak gunung itu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir," katanya.
Mangsa bersama 23 pendaki lain memulakan ekspedisi mendaki Gunung Tahan di Taman Negara Relau, Merapoh sejak Isnin lepas. - BERNAMA
Ketua Hakim Negara arah petisyen PRU-13 diselesai dalam tempoh 6 bulan
Sambutan Hari Wesak: Malaysia seru pihak berkonflik buang sifat ekstrem
Trafik di lebuh raya lancar sebelah pagi
Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo! bermula meriah
BN jadi parti tunggal?
Dua bekas KPN anggap tindakan tangkap betul
Jangan politikkan tangkapan di bawah Akta Hasutan
Subjek bahasa Mandarin, Tamil di sekolah kebangsaan diteliti
Polis boleh ambil tindakan ke atas Anwar
Kalimullah diberi seminggu
Kontroversi patut buka mata AirAsia
Boikot produk syarikat demi kesejahteraan negara
Gabung pertahan Utusan Malaysia perjuang hak bumiputera
Kagum semangat kental Siti Hanisah
Gembira anak tawan puncak Everest
Longgarkan syarat visa tarik pelajar
Kazakhstan hasrat miliki agensi seperti Tabung Haji
Perjuangan Islam, Melayu perlu diorganisasi
Palanivel bertemu PM bincang kebajikan masyarakat India
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









