VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 13/02/2013

Musykil telko membisu

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Persatuan Pengguna musykil dengan sikap membisu syarikat telekomunikasi (telko) berhubung masalah talian telefon mudah alih tiba-tiba terputus atau dropped calls yang terus berlaku walaupun dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) termasuk di kompaun pada Disember lalu.

Kegagalan pihak telko menyelesaikan masalah tersebut yang berlarutan sejak sekian lama, walaupun didesak pelbagai pihak turut mengundang persoalan adakah syarikat terlibat benar-benar mengaut keuntungan daripada masalah itu.

Andaian tersebut diutarakan oleh beberapa persatuan pengguna yang merasakan pihak telko tidak memandang serius masalah itu berikutan masih banyak aduan diterima mereka daripada orang ramai yang masih mengalami masalah dropped calls.

Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Aduan Nasional Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), K. Ravin berkata, sejak Utusan Malaysia melaporkan isu dropped calls Disember lalu, jumlah aduan berhubung isu itu tidak menurun sebaliknya masih sama iaitu kira-kira 15 aduan sehari.

Sambil menyifatkan telko sebagai angkuh, beliau memberi contoh, pihaknya menghantar surat memohon penjelasan dan jumlah aduan kepada salah sebuah telko terkemuka, namun pihak syarikat itu bukan sahaja tidak menjawab malah tidak langsung mengakui telah menerima laporan berkenaan.

''Kita berterima kasih kepada SKMM kerana menjalankan tugas dengan berwibawa, namun tindakan yang diambil ke atas telko dilihat tidak memberi kesan kepada mereka.

"Oleh itu, diharap satu tindakan lebih drastik wajar dikenakan terhadap telko agar pihak berkenaan sedar tentang keperluan melihat tanggungjawab mereka dengan lebih profesional," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas isu dropped calls yang masih berlaku ekoran kegagalan telko menyediakan kualiti perkhidmatan rangkaian selular yang baik dan perkara itu turut diperakui oleh SKMM memandangkan pihak berkenaan masih menerima aduan berhubung permasalahan tersebut.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan meminta menteri bertanggungjawab berkaitan telekomunikasi mengadakan satu sesi meja bulat antara persatuan pengguna dan telko untuk menyelesaikan perkara itu.

Kata beliau, melalui pendekatan tersebut segala persoalan dan kemusykilan bagi pihak pengguna dapat diutarakan dan di pihak telko pula, mereka boleh memberi jawapan segera dan sekali gus situasi menang-menang dapat dijayakan.

"Jika kementerian turut berdiam, maka telko semakin besar kepala dan terus mengambil kesempatan mengenakan caj-caj tersembunyi bagi mengaut keuntungan yang lebih besar," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah menyifatkan telko sebagai pihak yang paling berpengaruh dan tidak bertanggungjawab.

''Telko sengaja berdiam diri kerana mereka tahu kepentingan mereka dalam kalangan pengguna. Telefon mudah alih telah menjadi keperluan asas. Oleh itu, telko tidak kisah tentang isu ini kerana mereka tidak akan kehilangan pelanggan.

"Sehubungan itu, kementerian yang bertanggungjawab perlu melakukan sesuatu. Jangan sampai pengguna melihat seolah-olah ada sesuatu perkara atau kepentingan di sebalik permasalahan ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.