ARKIB : 09/02/2013
2 suspek kes rompak maut, motosikal terbabas ketika dikejar polis
SEREMBAN 9 Feb. - Dua lelaki suspek kes rompak terbunuh selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas ketika cuba melarikan diri dari buruan polis di susur masuk ke Mambau, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson berhampiran Plaza Tol Mambau, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Abd. Wahab Harun berkata, dalam kejadian pada 12.45 tengah hari itu, kedua-dua suspek yang menunggang dua motosikal berasingan itu dipercayai melarikan diri selepas melakukan satu rompakan di sebuah kedai kek di Batu 6, Telok Kemang, Port Dickson dekat sini.
"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian rompakan membabitkan dua suspek berusia 21 dan 27 tahun itu kira-kira 12.30 tengah hari dan sebaik menerima laporan, anggota peronda polis telah dapat mengesan motosikal yang ditunggangi suspek berada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau, lebuh raya itu.
"Apabila anggota polis berkenaan menghampiri kedua-dua lelaki ini mereka terus melarikan diri dan pasukan polis itu telah mengejar mereka," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, sebaik tiba di selekoh berhampiran susur masuk ke Mambau, kedua-dua suspek gagal mengawal motosikal masing-masing sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Katanya, seorang daripada suspek itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini.
Menurut Abd. Wahab hasil pemeriksaan ke atas mangsa, polis menemui dua telefon bimbit jenis iPhone 4 dan Samsung S2 serta dua bilah parang yang dipercayai digunakan ketika melakukan rompakan itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangan kecederaan ketika merompak dan Seksyen 395 kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan. - BERNAMA
Bajet 2014 dibentang 25 Oktober - PM
KDN bantu kekang fahaman Syiah
Titah Sultan Mizan perlu dijadikan panduan
Isu tudung boleh gugat perpaduan rakyat
Haram halang pakai tudung
Malaysia fokus pembangunan kandungan
Wujudkan dasar dakwah kebangsaan
'Kenaikan 30% adalah mustahil'
'Sultan Sulu' tiada hak terhadap Sabah - Musa Aman
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri rasmi kampus baharu MSU
MyCC diarah siasat PMBOA di bawah Akta Persaingan
Penyalahgunaan ICT dipantau
Keluarga mangsa hargai operasi mencari
25,000 kontraktor kecil bumiputera diberi keutamaan
Menteri 4 negara bincang isu jerebu
Skuad khas tangani jenayah, vandalisme
LIA2 siap 30 April 2014
Polis, SKMM bincang tindakan hina Nabi
RM10 juta naik taraf laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










