ARKIB : 06/02/2013
PM lancar Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia
PUTRAJAYA 6 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman kewangan tambahan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bentuk pinjaman mahupun biasisiwa, memandangkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat sekaligus memberi tekanan kepada ibu bapa terutamanya yang membiayai pendidikan anak secara persendirian.
"Menyedari keperluan itu kerajaan memperkenalkan SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran skim tersebut di sini hari ini.
SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu.
Pelaksanaan SPP1M akan diadakan dalam dua peringkat iaitu suku kedua tahun 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar dan program luar negara. - BERNAMA
CUEPACS mahu kerajaan kaji sistem gred pasukan uniform
BN kaji fail petisyen terhadap keputusan PRU-13
Kegemilangan negara berakhir jika pemerintah lupa, alpa - Raja Nazrin
Anak Sosilawati syukur keputusan mahkamah kes bunuh ibunya
Nombor pendaftaran WYY9999 berakhir Julai
Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang mengaku tidak bersalah khalwat
Pendaki wanita termuda tawan Everest
Adam Adli didakwa di Mahkamah Sesyen
Empat dihukum gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga yang lain
Polis tahan 18 individu sertai perhimpunan depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur
Pencegahan jenayah ditingkat
PDRM, SPRM jalin kerjasama tingkat integriti anggota, pegawai
Kerajaan hormati pendirian NGO
Rakyat diminta pilih MAS, Firefly
Izan nafi terima bantuan AirAsia
'Balaslah sokongan pengundi'
Dua bulan siapkan strategi
Ibu bangga anak tawan Everest
Malaysia di landasan terbaik capai Wawasan 2020
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









