VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 01/02/2013

Akan ada lagi berita gembira untuk penjawat awam - TPM

KOTA BHARU 31 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan akan ada lagi beberapa berita baik untuk kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan Pusat sentiasa prihatin dengan kebajikan kakitangan awam dan mahu memastikan mereka berada dalam keadaan terbaik.

Katanya, langkah itu juga sebagai pengiktirafan kepada golongan tersebut yang telah banyak membantu rakyat terutama peringkat akar umbi.

"Banyak perkara yang dapat diselesaikan oleh kerajaan, saya tahu ada lagi yang masih belum selesai, tunggulah. Baca doa panjang sedikit daripada biasa, akan ada berita-berita baik yang akan keluar tidak lama lagi, insya-Allah.

"Kita menghargai sumbangan penjawat awam kerana tanpa anda semua, saya tidak boleh ada di sini, kita tidak boleh membuat kerja-kerja untuk membantu rakyat kerana mereka memerlukan banyak bantuan.

"Saudara menjadi mata, telinga, kepala dan hati kerajaan untuk turun ke akar umbi, berjumpa dengan rakyat jelata, mengambil tindakan dan mendengar rintihan mereka.

"Jangan biarkan mereka merintih dalam keadaan susah dan daif. Hari ini kerajaan kita mendahulukan rakyat, apa saja yang mereka mahukan kita akan cuba berikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri bersama 3,000 penjawat awam Persekutuan dan negeri Kelantan di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga tidak bercadang untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam kerana golongan tersebut amat penting bagi membantu rakyat.

"Ada pihak yang mahu supaya kakitangan awam dikurangkan. Mereka menyatakan sekiranya memerintah, mereka akan mengurangkan jumlah kakitangan awam. Saya hendak tanya di sini siapa sebenarnya yang mahu jumlah kakitangan awam dikurangkan?

"Negara tidak akan muflis dengan perbelanjaan dan jumlah kakitangan yang besar, kalau hendak muflis sudah lama muflis, 50 tahun dahulu lagi. Hal ini kerana kerajaan kita mempunyai pengalaman dan dapat menguruskan negara dengan baik,'' katanya.

Menurutnya, di sesetengah negara, ketika ekonomi terjejas, mereka akan memotong perbelanjaan, tetapi kerajaan sekarang ini tidak seperti itu, bahkan meneruskan perbelanjaan agar rakyat dapat menjalankan aktiviti seperti biasa.

Katanya, kakitangan awam yang ada di negara ini adalah yang terbaik di dunia tetapi mereka perlu terus meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

Tambahnya, kejayaan yang dikecapi negara pada hari ini adalah hasil gandingan yang mantap antara penjawat awam dengan kerajaan sejak sekian lama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.