VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 31/01/2013

Susu ibu penyelamat anak gajah 'Baby Joe'

KOTA KINABALU 30 Jan. - Antara punca utama anak gajah spesies Pygmy Borneo berusia tiga bulan terselamat berbanding 10 ekor yang lain kerana haiwan itu masih menyusu badan.

Pegawai Veterinar Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Dr. Rosa Sipangkui berkata, penemuan awal itu berdasarkan kelebihan susu ibu gajah yang mengandungi antibodi mencukupi.

Walau bagaimanapun beliau menambah, keputusan sebenar sama ada haiwan yang diberi nama 'Baby Joe' itu bebas daripada racun tikus atau sebaliknya hanya dapat diketahui selepas keputusan pemeriksaan menyeluruh dilakukan.

"Baby Joe seberat 120 kilogram itu kini berada dalam keadaan selamat walaupun berat badannya sedikit susut kerana kurang minum susu, berkemungkinan masih trauma akibat tragedi itu.

"Kemungkinan juga haiwan itu penat kerana perjalanan jauh kira-kira 800 kilometer untuk memindahkannya dari Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau ke sini," katanya ketika ditemui di taman hidupan liar itu di sini hari ini.

Sebanyak 10 ekor gajah spesies terancam, Pygmy Borneo yang berusia antara empat dan 20 tahun ditemui mati sejak beberapa minggu lalu di hutan simpan itu di Tawau dekat sini, dipercayai akibat termakan racun tikus.

Paling menyayat hati semasa ditemui, Baby Joe itu berada dalam keadaan seperti menangis dan seolah-olah cuba mengejutkan ibunya yang mati.

Tambah Rosa, anak gajah itu dibawa ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi dari hutan simpan itu pukul 8.30 pagi semalam dan selamat tiba kira-kira pukul 3.30 pagi hari ini.

"Keadaannya akan dipantau sekurang-kurangnya selama dua minggu bagi memastikannya bebas daripada sebarang kesan racun dan berada dalam keadaan sihat.

"Haiwan itu kini diberi minum susu yang ditambah serat dan antibiotik. Anak gajah biasanya minum susu antara 20 dan 30 liter sehari tetapi Baby Joe ketika ini hanya minum separuh daripadanya," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.