VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 28/01/2013

Produk tenusu NZ ditahap berjaga-jaga

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Kementerian Kesihatan mengenakan tindakan pemeriksaan tahap empat (survelan) bagi semua produk tenusu yang diimport dari New Zealand sebagai langkah berjaga-jaga terhadap bahan tercemar, dicyandiamide (DCD) di dalam produk berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, biarpun tiada larangan dikenakan, pemantauan turut dilaksanakan terhadap produk tenusu yang sedang dijual di pasaran tempatan bagi memastikan selamat digunakan.

“Sejak 25 Januari lalu, saya arahkan pemeriksaan tahap tinggi di semua pintu masuk negara manakala produk tenusu dari New Zealand diambil untuk pensampelan.

“Bahan dicyandiamide bukan penyebab kanser tetapi kita tidak mahu ada bahan-bahan tercemar di dalam produk tenusu masuk ke negara kita," katanya kepada pemberita selepas meninjau program kesedaran kesihatan sempena perayaan Thaipusam di Batu Caves, di sini hari ini.

Akhbar luar negara, The Wall Street Journal pada 24 Januari lalu melaporkan DCD dikesan di dalam produk tenusu di New Zealand yang mana merupakan bahan digunakan peladang ke atas rumput tanah ragut bagi menghalang nitrat iaitu sisa baja daripada meresap ke dalam sungai dan tasik.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, DCD tidak dianggap mempunyai risiko kepada keselamatan makanan, namun tetap dianggap sebagai bahan tercemar.

Sementara itu, dalam perkara berasingan, Tiong Lai berkata, Malaysia diberi penghormatan menjadi ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan dipilih mengetuai Jawatankuasa Pembaharuan Hubungan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Jawatankuasa ini bertujuan memastikan NGO dapat memainkan peranannya untuk kesihatan manusia sejagat dan saya selaku Pengerusi Jawatankuasa juga diberi mandat untuk memilih NGO dari Malaysia yang boleh bekerjasama dengan WHO," katanya.

Beliau yang baharu pulang menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia WHO di Geneva, Switzerland berkata, Ketua Pengarah WHO, Dr. Margaret Chan kagum dengan program kesihatan di negara ini dan menyatakan komitmen pertubuhan itu untuk bekerjasama bagi membantu Malaysia melaksanakan transformasi kesihatan dalam segenap aspek.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.