ARKIB : 25/01/2013
Tokoh ulama saran perluas wasatiyyah
SHAH ALAM 24 Jan. - Seorang tokoh ulama negeri ini, Datuk Abdul Aziz Andik Achok, 78, mahu kefahaman tentang konsep wasatiyyah atau kesederhanaan dapat diperluaskan sebagai satu langkah untuk meningkatkan perpaduan umat Islam di Malaysia.
Penerima Anugerah Umar Abdul Aziz sempena sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah peringkat negeri hari ini menyatakan bahawa sikap segelintir umat Islam yang kadangkala berpegang kepada pandangan ekstrem menyebabkan sering berlaku pertentangan semasa umat Islam hingga akhirnya membawa kepada perpecahan.
"Seluruh dunia kini sudah semakin menerima konsep wasatiyyah sebagai satu model yang dapat membaiki imej Islam. Kita tidak sepatutnya mengamalkan sesuatu dengan cara melampau.
"Wasatiyyah bermakna kita mengambil jalan sederhana iaitu tidak cenderung ke kiri atau ke kanan sangat, ambil jalan tengah yang semua orang boleh terima, jadi akan timbullah perpaduan.
"Macam kita hendak melintas, pandang dulu kiri dan kanan, insya-Allah selamat," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah Peringkat Negeri di Stadium Malawati hari ini.
Tema sambutan pada tahun ini adalah Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.
Abdul Aziz yang merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa negeri selama 23 tahun berkata, gejala kafir-mengkafir yang pernah berlaku satu ketika dahulu berpunca daripada sikap terlalu ekstrem dengan pandangan kelompok masing-masing.
"Perkara ini sebenarnya berpunca daripada orang dahulu tetapi melalui pendekatan wasatiyyah, kita ambil jalan tengah.
"Seperti mana isu penggunaan kalimah Allah, apabila ada orang mengambil pandangan yang terlalu longgar hingga akhirnya berlaku pertembungan.
"Insya-Allah gejala kafir-mengkafir ini akan terhapus, apa yang penting umat Islam dapat bersatu," katanya.
Pelbagai pihak sokong kenyataan Ahmad Zahid
Fokus kepada negeri dimenangi, bukan sibuk buat perhimpunan haram
MB arah pembalakan dihentikan
Pendidikan seimbang jadikan Malaysia hebat
RCI tangani isu PATI di Sabah
Veteran UMNO boikot AirAsia, AirAsia X
7 pendaki Everest-Felda tiba di Kem 2
640% kontraktor kelas F disenarai hitam - SPNB
Muzium wajar dilawati lebih kerap
RHB Bank bantu 10 badan kebajikan
Sambutan 100 tahun Prep School
Wahid yakin keupayaan bakal CEO baru Maybank
Lepasan Mara penuhi pasaran kerja
Ustaz Kazim jadi tarikan
Bantu NGO kucing
Perkim kaji semula perlembagaannya
Jangan percaya harga barang naik
Bekalan air kurang, kapasiti pengeluaran capai maksimum
Kenaikan harga barang hanya dakyah pembangkang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









