VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/01/2013

Bapa jumpa mayat anak lemas dalam keadaan menyayat hati

BALIK PULAU 23 Jan. - Mayat seorang pemuda yang hilang ketika keluar memukat udang bersama abangnya dan seorang rakan di perairan Kuala Sungai Pinang di sini semalam, ditemui pagi ini oleh bapanya sendiri dalam keadaan berdiri dan tangannya masih memegang topi yang dipakai.

Ahmad Long, 55, menemukan mayat anaknya, Marzuki Akmar, 22, dalam keadaan menyayat hati itu pada pukul 11.50 pagi, tidak jauh dari lokasi mayat abangnya yang ditemui mati lemas semalam.

Meskipun sedih, Ahmad tetap bersyukur kerana mayat anaknya ditemui dalam keadaan baik.

"Saya lega kerana mayat anak saya ditemui. Sebelum ini tidak dapat tidur, asyik ingatkan nasib anak saya itu. Maka, saya ambil keputusan untuk mengikut pasukan keselamatan dalam operasi mencari dan menyelamat.

"Setelah dua jam mencari, saya ternampak objek hitam sedang terapung. Sebaik sahaja mendekati objek itu, saya dapati ia rambut manusia dan terus tarik sebelum meminta bantuan nelayan lain untuk membawa naik mayat," katanya ketika ditemui di Hospital Balik Pulau di sini.

Menurutnya, dia dan nelayan lain mengalami kesukaran untuk membawa naik mayat Marzuki Akmar berikutan kakinya terbenam dalam lumpur.

Mayat kemudian dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang.

Semalam, Marzuki Akmar dan abangnya Mazlan, 31, serta seorang rakan mereka, Mohd. Izuwan Yakob, 24, turun ke laut dari jeti Kuala Sungai Pinang pada pukul 6.15 pagi.

Ketika sedang menebar pukat dari atas bot pada pukul 11 pagi, secara tiba-tiba kaki Marzuki Akmar tersangkut di tali pukat lalu dia terjatuh ke dalam air.

Melihatkan kejadian itu, Mazlan terus terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan adiknya tetapi hilang dibawa arus.

Mayat Mazlan ditemui nelayan tidak jauh dari lokasi kejadian pada pukul 12.40 tengah hari manakala adiknya gagal ditemui.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.