ARKIB : 22/01/2013
Kalimah Allah: Hasan Ali gesa KDN tindak tegas
KUALA LUMPUR 22 Jan. - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa juga yang terlibat dalam pengeluaran Bible berbahasa Melayu dan menggunakan kalimah Allah demi menjaga kerukunan hidup rakyat berbilang bangsa di Malaysia.
Presiden Jati, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, tindakan itu termasuk menarik balik lesen percetakan pihak terbabit selain melakukan pemantauan yang menyeluruh bagi mengekang penyebaran buku tersebut.
“Saya mendapati dua buku yang bertajuk "Perjanjian Baru Edisi Merdeka ke 50" cetakan pada tahun 2007 dan "Kitab Suci Zabur dan Injil" cetakan pada tahun 2008 mengandungi banyak bahasa dan kalimah Allah yang diulang-ulang... pencetakan buku ini terus berlaku," katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali dan Presiden Pertubuhan Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.
Menurutnya, dalam konteks ketenteraman awam, Jati berpandangan KDN tidak perlu menunggu sehingga wujudnya tanda-tanda gangguan namun lebih menekankan kepada darjah sensitiviti isu kalimah Allah kerana lebih 60 peratus rakyat Malaysia berbangsa Melayu beragama Islam.
“Jika tidak diambil tindakan segera dikhuatiri akan menimbulkan sesuatu yang buruk dari sudut hubungan antara bangsa dan agama yang sudah terjalin sekian lama di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia," katanya.
Mengenai laporan akhbar tentang penyebaran Bible kepada pelajar Islam di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Pulau Pinang baru-baru ini, Hasan berkata, hal itu secara jelas menyalahi undang-undang malah seolah-olah mencabar kewibawaan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka.
Sementara itu, Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad mengundang orang ramai untuk hadir ke majlis Sekretariat Membela Kalimah Allah yang akan diadakan pada 30 Januari ini mulai 10 pagi di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur.
""Ia merupakan satu perjumpaan melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO), individu atau parti politik yang berminat terhadap isu ini, tujuannya adalah bagi mencari mekanisme baharu yang sesuai di dalam menangani isu ini," katanya. - BERNAMA
Adam Adli didakwa di Mahkamah Sesyen
Empat dihukum gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga yang lain
Polis tahan 18 individu sertai perhimpunan depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur
Pencegahan jenayah ditingkat
PDRM, SPRM jalin kerjasama tingkat integriti anggota, pegawai
Kerajaan hormati pendirian NGO
Rakyat diminta pilih MAS, Firefly
Izan nafi terima bantuan AirAsia
'Balaslah sokongan pengundi'
Dua bulan siapkan strategi
Ibu bangga anak tawan Everest
Malaysia di landasan terbaik capai Wawasan 2020
Noh akui gagal bantu Barisan Nasional tawan semula Selangor
Pusat media festival dirasmi
Elak ke kawasan rekreasi berisiko
Lata Bayu ditutup sementara waktu
Simbol perpaduan UMNO-Pas
Sunni, Syiah usah berbalah
Bahaya demonstrasi jalanan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









