ARKIB : 20/01/2013
Histeria di UiTM Melaka kes terpencil
ALOR GAJAH 19 Jan. - Kejadian histeria dan pukau di Universiti Teknologi Mara cawangan Alor Gajah yang digembar-gembur di laman sosial baru-baru ini disifatkan sebagai kes terpencil oleh pihak universiti berkenaan.
Koordinator Unit Komunikasi Korporat, Muhammad Anwar Fahmi Abdullah berkata, kejadian berkenaan tidak serius dan terkawal selain tidak pernah membahayakan nyawa pelajar di universiti itu.
Menurutnya, isu berkenaan menjadi hangat apabila disebarkan di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter sehingga mencetuskan rasa cemas di kalangan pelajar dan ibu bapa mereka.
“Saya nasihatkan kepada para ibu bapa supaya tidak cemas kerana perkara itu hanya berlaku beberapa kali dan pihak universiti berjaya menanganinya dengan berkesan.
“Selain itu ingin saya tegaskan bahawa isu histeria yang dikatakan menyerang pelajar di UiTM ini adalah kes terpencil dan saya percaya kes seumpamanya juga berlaku di universiti lain," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Anwar, apa yang penting ialah tidak pernah berlaku sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa terhadap para pelajar di universiti berkenaan akibat daripada kejadian itu.
Katanya, pihak universiti juga telah memaklumkan kepada Pusat Islam (CITU), Unit Polis Bantuan, Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej serta Jawatankuasa Penggerak Masjid Al Hikmah UiTM bagi memantau kejadian berkenaan.
“Isu ini bukan sesuatu yang baru malah telah berlaku sejak sekian lama dan seluruh warga universiti sedia maklum mengenai perkara itu dan sentiasa mengambil langkah yang wajar bagi menanganinya," katanya.
3 lagi pendaki negara tiba di puncak Everest
12 cemas bumbung masjid runtuh
Omar Kaseh Ketua Pengarah MAMPU baharu
Dua pendaki Everest-Felda berjaya sampai puncak pagi ini
Dalang Lahad Datu diketahui
Itu perbuatan gopoh - Nik Abduh
Banteras rasuah kukuhkan kedudukan pemimpin
Kerajaan usaha turun caj internet
Ekonomi separuh kedua kukuh
Sistem penggiliran penguat kuasa KPDNKK
Tiada campur tangan politik dalam PDRM
Penerbangan AirAsia dikecam
Alasan AirAsia dipertikai pengguna
MAS sahkan Maryam Sofea sihat
Kalimullah pertahan CEO AirAsia X
Wartawan TV3 pertikai penjelasan Tony Fernandes
Kemampuan SIAP dipersoal
SOSMA: Yazid Sufaat, 2 rakan bebas
Memartabat syiar Islam agenda berterusan kerajaan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









