VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 18/01/2013

Dakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Seorang Ahli Parlimen hari ini mendesak kerajaan tidak berkompromi dengan perbuatan pelakon, Patrick Teoh yang menghina kesucian Islam di Facebook kelmarin.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, ekoran penghinaan tersebut, Patrick wajar disiasat serta didakwa di bawah pertuduhan jenayah berdasarkan peruntukan 298A Kanun Keseksaan.

"Siasatan dan pertuduhan jenayah menurut 298A Kanun Keseksaan (terhadap Patrick) mesti diambil kerana kita tidak boleh berkompromi dalam isu berkaitan dengan agama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan biadab Patrick di laman Facebook kelmarin yang jelas menghina Islam termasuk memperlekehkan amalan solat dan menutup aurat dalam kalangan umat Islam.

Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Mengulas isu sama, Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, kerajaan khususnya pihak polis perlu mengambil tindakan segera terhadap Patrick ekoran tindakan menghina Islam.

Tegas beliau, kerajaan tidak boleh selamanya berdiam diri memandangkan perbuatan menghina Islam dan kitab suci al-Quran merupakan perkara melampau dan tidak boleh dimaafkan.

"Inilah akibatnya tiada tindakan tegas ke atas mereka yang menghina Islam oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa sehingga pelakon seperti Patrick pun berani menghina Islam.

"Itu juga yang berlaku ke atas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang begitu berani menuntut penggunaan kalimah Allah di dalam Bible berbahasa Melayu yang sehingga kini tiada tindakan diambil walaupun banyak laporan polis telah dibuat," katanya lagi.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.