20 Mei 2013 / 10 Rejab 1434  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 15/01/2013

Ramai guru tidak faham sejarah negara

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Golongan pendidik khususnya yang mengajar mata pelajaran sejarah perlu memahami mata pelajaran itu secara mendalam terutama dalam bab Perlembagaan serta perundangan negara.

Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (gambar) berkata, hal demikian terjadi kerana golongan itu didapati masih 'kabur' dalam memberikan penjelasan berkaitan sejarahmeliputi asas-asas pembentukan negara.

''Sejarah mesti dijelaskan oleh guru yang benar-benar faham sejarah. Sekarang ini banyak guru tidak faham sejarah. Mereka sekadar mengajar sejarah untuk membolehkan pelajar lulus peperiksaan. Itu bukan matlamatnya.

''Sejarah bukan untuk peperiksaan sahaja tetapi membantu kita memahami banyak perkara seperti soal negara. Sejarah Malaysia misalnya, amat rumit dan ia perlu difahami dengan mendalam,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Perlembagaan Persekutuan: Perspektif Sejarah sempena Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Keselamatan dan Hak Asasi di sini hari ini.

Kay Kim berkata, untuk memahami sejarah Malaysia dan masyarakatnya, seseorang guru itu perlu memiliki pandangan serta pengetahuan luas mengenai kedua-dua komponen tersebut.

''Tetapi, untuk jangka masa panjang, sejarah telah dianggap sebagai tidak penting dan atas sebab itu, generasi muda kita membesar dengan idea yang kabur tentang Malaysia," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 05:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:20
Isyak 8:34
 
 


IKLAN@UTUSAN
BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Arkib Jom Chat
Koleksi Jom Chat Bersama...
Arkib Laporan Langsung
Koleksi Laporan Langsung
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.