ARKIB : 15/01/2013
Yuran lesen B2 cuma RM199
KUALA LUMPUR 14 Jan. - Kira-kira 500,000 pemohon baharu dijangka mendapat manfaat daripada program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang menawarkan kadar yuran terendah, RM199 untuk memiliki lesen motosikal kelas B2 di seluruh negara.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, BL1M yang akan dilancarkan akhir bulan ini, menawarkan kadar amat rendah berbanding harga disarankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu RM260 dan harga pasaran antara RM350 hingga RM690.
"Walaupun JPJ menyarankan yuran pada kadar RM260, tetapi institut memandu mengenakan pelbagai lagi caj tersembunyi dan kadarnya berbeza-beza tetapi kajian kita menunjukkan kadar yuran purata adalah RM380.
"Objektif kita adalah untuk memberi kemudahan kepada golongan berusia 17 hingga 40 tahun mendapatkan lesen memandangkan setiap tahun JPJ merekodkan lebih 200,000 penunggang motosikal didapati tidak memiliki lesen," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO dan vendor program BL1M, syarikat MY E.G. Services Bhd. (MYEG) bagi mengurus dan mentadbir perjalanan program itu di seluruh negara.
Khairy menyaksikan memorandum itu ditandatangani Pengerusi Sekretariat SHEB, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin dan Pengarah Eksekutif MYEG, Datuk Raja Munir Shah Raja Mustapha.
Menerusi BL1M, pemohon lesen kelas B2 tunggal (250cc ke bawah) yang merupakan warga Malaysia berusia antara 17 hingga 40 tahun hanya dikenakan bayaran yuran RM199 meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang-undang berkomputer dan ujian praktikal di institut memandu diluluskan JPJ.
Menurut beliau, borang permohonan boleh diperoleh di laman web BL1M di www.bl1m.my, laman web MYEG di www.myeg.com.my dan di 222 pejabat komponen pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) di seluruh negara.
"Borang permohonan akan disediakan kepada calon-calon selama tempoh dua minggu setelah pelancaran rasmi program pada akhir Januari ini," katanya.
Sementara itu, Tengku Azman menekankan, SHEB dan MYEG tidak tidak akan melantik ejen atau agensi untuk mendaftar dan memungut yuran BL1M sama ada melalui pintu ke pintu mahupun di tempat awam, kecuali di pusat yang diluluskan dan di pejabat parti komponen Pemuda BN.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman web BL1M di www.bl1m.my atau hubungi talian 03-78018888.
Pelbagai pihak sokong kenyataan Ahmad Zahid
Fokus kepada negeri dimenangi, bukan sibuk buat perhimpunan haram
MB arah pembalakan dihentikan
Pendidikan seimbang jadikan Malaysia hebat
RCI tangani isu PATI di Sabah
Veteran UMNO boikot AirAsia, AirAsia X
7 pendaki Everest-Felda tiba di Kem 2
640% kontraktor kelas F disenarai hitam - SPNB
Muzium wajar dilawati lebih kerap
RHB Bank bantu 10 badan kebajikan
Sambutan 100 tahun Prep School
Wahid yakin keupayaan bakal CEO baru Maybank
Lepasan Mara penuhi pasaran kerja
Ustaz Kazim jadi tarikan
Bantu NGO kucing
Perkim kaji semula perlembagaannya
Jangan percaya harga barang naik
Bekalan air kurang, kapasiti pengeluaran capai maksimum
Kenaikan harga barang hanya dakyah pembangkang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









