ARKIB : 13/01/2013
Peserta langgar syarat polis
KUALA LUMPUR 12 Jan. - Para peserta Himpunan Shamsidar yang terdiri daripada penyokong-penyokong parti pembangkang didapati melanggar beberapa syarat ditetapkan pihak polis meskipun pihak penganjur diwakili Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebelum ini bersetuju mematuhinya.
Kesemua syarat tersebut tertakluk kepada peruntukan Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang bertujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam serta perlindungan hak serta kebebasan orang ramai.
Antara syarat yang jelas dilanggar oleh para peserta ialah membawa kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah.
Ibu bapa kanak-kanak berkenaan langsung tidak menghiraukan larangan tersebut dan bahaya yang dihadapi sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ketika perhimpunan berlangsung memandangkan kanak-kanak terbabit masih kecil malah ada di antaranya di peringkat bayi.
Buktinya, terdapat beberapa gambar aksi kanak-kanak dan bayi yang berjaya dirakam sepanjang himpunan berlangsung.
Antaranya gambar bayi didukung oleh ibu atau bapa yang merupakan peserta perhimpunan selain gambar kanak-kanak berarak bersama ibu bapa masing-masing menuju Stadium Merdeka.
Selain itu, tinjauan Mingguan Malaysia mendapati para peserta berhimpun terlebih dahulu di beberapa lokasi seperti Masjid Negara, Pasar Seni, Menara Berkembar Kuala Lumpur, Universiti Malaya (UM), KL Sentral dan Brickfields sejak pukul 9 pagi lagi.
Mereka kemudian berarak menuju ke Stadium Merdeka diketuai oleh beberapa pemimpin parti pembangkang antara pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Ekoran daripada perarakan itu, berlaku kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama hingga mengakibatkan pengguna-pengguna jalan raya terperangkap.
Paling teruk, pengguna jalan raya di Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Maharajalela memandangkan jalan-jalan tersebut tidak ditutup untuk tujuan himpunan berkenaan.
Sementara itu, di dalam stadium, tiga pemimpin utama pakatan pembangkang telah berucap di hadapan kira-kira 45,000 orang iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Intipati ucapan mereka hanya melingkari isu-isu basi antaranya menurunkan harga petrol, penghapusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma.
Dalam pada itu, dalam satu sidang akhbar, polis telah mengenal pasti perlanggaran beberapa syarat oleh penganjur Himpunan Shamsidar.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad memberitahu, antara syarat yang dilanggar itu adalah membawa atau merekrut kanak-kanak bersama mereka menyertai perhimpunan.
Selain itu, peserta juga dikesan membawa pelekat atau sepanduk menghasut dan boleh membawa kepada perpecahan atau permusuhan.
Beliau juga berkata, penganjur gagal mematuhi syarat yang dipersetujui mereka iaitu menetapkan bilangan pesertanya sebanyak 30,000 orang.
"Polis akan menjalankan siasatan berkaitan pelanggaran syarat-syarat ini," ujarnya.
Lima kumpulan berentap di pentas akhir Battle of The Band Felda
KDN, SKMM,Cyber Security kerjasama banteras tentera siber
Dilantik Exco Johor: Tee Siew Kiong akur keputusan MCA
Abadi detik persandingan di atas bas panorama Melaka
Mesej klik dengan bijak melalui Festival Belia
Anwar ingkari perjanjian damai hormati keputusan PRU-13 - Jusuf Kalla
Tengku Adnan cabar Husam kemukakan bukti
Saiful Bukhari Azlan selamat diijab kabul dengan Nik Suryani
Guru perlu berani hadapi gelombang baru cabaran pendidikan
Penduduk tuntut Anwar, Guan Eng turun padang
4 kapal tentera laut India berlabuh di Pelabuhan Klang
Persepsi belia terhadap bidang pertanian akan diubah
Malaysia sedia bantu negara minat contohi pengurusan Tabung Haji
Ketua Hakim Negara arah petisyen PRU-13 diselesai dalam tempoh 6 bulan
Sambutan Hari Wesak: Malaysia seru pihak berkonflik buang sifat ekstrem
Trafik di lebuh raya lancar sebelah pagi
Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo! bermula meriah
BN jadi parti tunggal?
Dua bekas KPN anggap tindakan tangkap betul
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









