ARKIB : 12/01/2013
Perhimpunan raksasa bukti kebangkitan penduduk
PADANG TERAP 11 Jan. - Rakyat negeri ini digesa terus bangkit dan bersatu hati membantah aktiviti pembalakan berleluasa di negeri ini demi mengelakkan pelbagai ancaman yang menanti pada masa akan datang.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Malaysia, Datuk Ibrahim Ali turut membidas kerakusan kerajaan Pas Kedah itu yang didakwa tidak bertanggungjawab apabila sanggup menerokai kawasan tadahan air di sekitar Tasik Pedu dekat sini.
Bagaimanapun, kata Ibrahim, pihaknya tidak terkejut dengan tindakan kerajaan negeri itu kerana budaya tebang menebang balak untuk dijadikan hasil ekonomi itu bukan suatu perkara baharu dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang.
"Budaya tebang menebang ini bermula di Kelantan dan kini merebak ke Kedah, cara mereka cari wang ringgit tidak baik apabila sanggup menebang balak tanpa mengambilkira ancaman alam sekitar.
"Saya yakin jika tidak dihentikan rakyat akan jadi mangsa. Sebab itu hari ini wajar rakyat datang dan lihat sendiri bagaimana kawasan tadahan ini dicemarkan. Perkasa amat terkejut kerana sambut di luar jangkaan membuktikan rakyat sudah bersuara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan secara aman di Charok Batang Padi dekat sini hari ini sebagai memprotes tindakan Kerajaan Pas Kedah itu.
Perhimpunan aman yang mencipta sejarah itu dihadiri lebih 12,000 penduduk di negeri ini dan luar yang berhimpun menyatakan kebimbangan mereka terhadap ancaman daripada aktiviti pembalakan berleluasa itu.
Ibrahim yang memuji usaha Perkasa Kota Setar menganjurkan perhimpunan tersebut menambah, pendedahan melalui mata anggota masyarakat sendiri seperti itu membuktikan bahawa laporan media tentang penerokaan kawasan balak itu adalah benar dan bukan bermesejkan politik.
"Perkasa memuji usaha Perkasa Kedah kerana pendedahan seumpama ini akan membuktikan hakikat sebenar kerana rakyat boleh melihat sendiri.
"Saya sendiri amat terkejut dengan kerakusan kerajaan Pas Kedah ini. Saya berharap Perkasa Kedah terus memperjuangkan perkara ini sehingga pembalakan ini dihentikan. Saya juga meminta mereka menyediakan satu memorandum untuk diserahkan kepada Perdana Menteri," katanya.
Bilik gerakan jerebu akan dibuka
IPU Johor, Melaka, Selangor tidak sihat
Nafi ada pertempuran dengan pengganas
Tentera Darat tumpu 4 teras
Kabinet setuju tubuhkan Mahkamah Koroner kendali kes kematian ketika dalam tahanan
Wanita perlu atasi halangan psikologi untuk menjadi insan berjaya - Rosmah
Syed Mokhtar swastakan Jeti Kuala Kedah?
Keputusan tidak boleh berhimpun di Padang Merbok muktamad - Polis
SPAD disaran pastikan harga tambang kekal - LPKPM
Terima realiti Terengganu negeri ke-11 termiskin
Lelaki tidak serius tentang kanser
Majikan perlu sensitif - MNA
Syor Pangkor, Pengkalan Hulu kawasan bebas cukai
Konvensyen impak sistem meritokrasi terhadap pelajar Melayu
Perlu bijak rancang bajet beli kereta - NGO
Rembau mahu muncul nombor satu dalam pencapaian PMR
SPRM tingkat keselamatan pegawai
Kedah tubuh makmal transformasi
Kakitangan awam pantau harga barang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










