VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 12/01/2013

Kejayaan negara hasil kerja keras penjawat awam

Muhyiddin Yassin (dua dari kanan) sambil diiringi Adnan Yaakob bersalaman dengan hadirin pada Majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan Negeri Pahang di Gambang Resort City, Kuantan, semalam.

KUANTAN 11 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan Malaysia yang kini berada pada kedudukan membanggakan dalam beberapa laporan penarafan antarabangsa adalah juga merupakan kisah kejayaan buat seluruh penjawat awam.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, pencapaian itu adalah hasil kerja keras semua termasuk penjawat awam yang komited melaksanakan dasar kerajaan sehingga membolehkan negara kini menjadi pemain utama di peringkat global.

Katanya, sehubungan itu, gandingan serta persefahaman mantap antara tiga pihak iaitu kerajaan, penjawat awam dan swasta perlu diteruskan bagi memakmurkan negara sekali gus membolehkan rakyat menerima pelbagai lagi nikmat dan berasa diri mereka lebih terbela.

"Ini terutama dalam usaha kita untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 yang kini tinggal hanya kira-kira tujuh tahun lagi," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri di Bukit Gambang dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail serta kira-kira 6,000 penjawat awam.

Sementara itu, Muhyiddin menambah, pada masa sama, penjawat awam juga perlu sedar mengenai profail rakyat yang telah berubah sehingga menuntut mereka memberi respons segera kepada setiap permasalahan yang dibangkitkan.

Katanya, ini berikutan tahap akademik rakyat yang telah meningkat ditambah perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang menjadikan mereka lebih mengetahui hak sebagai rakyat dan apakah peranan penjawat awam.

"Minda mereka sudah tidak lagi seperti dahulu khususnya generasi muda, mereka lebih bijak sehingga tahu apakah hak dan apa perananan kerajaan, kakitangan awam dan di mana mahu mendapatkan bantuan. Kalau ada kelewatan dan perkara tak diselesaikan, mereka akan tak puas hati.

''Hal-hal sebegini menuntut kita semua sama ada anggota pentadbiran mahu pun kakitangan awam mempunyai respons segera kerana kelewatan dalam sesuatu perkara boleh merugikan negara dan rakyat," jelasnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan program bertemu rakyat melalui tinjauan mesra oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri bukan sekadar lawatan santai biasa.

Kata beliau, sebaliknya setiap perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan itu akan diberi perhatian segera termasuk dibincangkan di peringkat Kabinet.

"Dengan ini kita dapat menangani masalah rakyat jelata merangkumi semua segmen dengan memperkenalkan program berkaitan," ujarnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.