VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 12/01/2013

SVTB1M: 160,000 bekas askar belum daftar

BAGAN DATOH 11 Jan. - Kira-kira 160,000 daripada 224,000 bekas anggota tentera tidak berpencen seluruh negara yang layak menerima pemberian Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) sebanyak RM1,000 masih tidak mengisi borang permohonan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini, hanya kira-kira 88,000 veteran tidak berpencen sudah mendaftar dan daripada jumlah itu, 69,732 permohonan telah diluluskan.

Sehubungan itu, beliau menyeru mereka yang belum memohon agar berbuat demikian kerana tempoh pendaftaran hanya akan dibuka sepanjang tahun ini.

''Jangan khuatir, tolong isi borang dan pendaftaran akan berjalan sepanjang masa dan insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk membantu mereka," katanya ketika berucap melancarkan Persatuan Veteran Tidak Berpencen Malaysia di Hutan Melintang, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh turut menyerahkan sumbangan SVTB1M kepada 2,200 veteran tidak berpencen dari sekitar Beruas, Parit, Pasir Salak, Lumut, Bagan Datoh dan Teluk Intan.

Beliau yang juga penaung persatuan itu turut menyerahkan watikah pelantikan kepada ahli jawatankuasa pertubuhan tersebut yang diketuai Mohd. Sabri Abd. Malek sebagai Presiden.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, bagi mengesan veteran tidak berpencen yang belum mendaftar, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan alamat mereka.

"Kita akan hantar surat kepada mereka tanya sama ada mereka berminat atau tidak terima bantuan ini. Kita hendak tahu alamat yang kita hantar itu betul atau tidak. Kalau salah, tolong bagi alamat baharu," katanya.

Menurut beliau, pendaftaran tersebut bukan hanya untuk membolehkan mereka mendapat SVTB1M tetapi juga bantuan lain serta menyalurkan maklumat terkini.

Ahmad Zahid berkata, golongan tersebut tidak perlu takut untuk mendaftar kerana kerajaan tidak pernah memaksa mereka untuk mengundi Barisan Nasional (BN) seperti dakwaan sesetengah pihak.

"Tujuan pendaftaran dilakukan kerana kerajaan dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) mahu tahu di mana veteran tidak berpencen ini berada. Kalau tidak masuk persatuan pun tidak apa kerana bantuan boleh disalurkan melalui JHEV," ujarnya.

Pemberian sekali gus RM1,000 SVTB1M yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2013 melibatkan peruntukan sebanyak RM224 juta yang mana 50 peratus daripadanya dibiayai oleh kerajaan dan 50 peratus lagi oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.