VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 11/01/2013

Rebat telefon: 121,000 belia daftar

KUALA LUMPUR 10 Jan. — Seramai 121,000 orang belia yang berumur dari 21 hingga 30 tahun mendaftar setakat malam tadi untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) bagi pembelian telefon pintar.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, secara puratanya, seramai 25,000 permohonan diproses dan diluluskan setiap hari sejak rebat itu dilancarkan seminggu yang lalu.

"Kita sangat gembira menyaksikan perkembangan positif daripada belia di negara ini yang menyambut baik terhadap pakej rebat yang dilancarkan kerajaan ini.

"Bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran, pihak SKMM juga mengemas kini laman sesawang PKB iaitu komunikasibelia.skmm.gov.my dan nbi.skmm.gov.my," katanya selepas sesi wawancara program Helo Malaysia, di sini malam tadi.

Beliau turut menegaskan bahawa pendaftaran untuk mendapatkan skim berkenaan adalah berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat iaitu tawaran tersebut akan ditutup setelah 1.5 juta belia menggunakan rebat itu.

"Justeru, belia yang ingin mendapatkan rebat ini perlu berbuat demikian dengan segera," katanya.

Mohamed Sharil berkata, selepas belia mendaftar untuk mendapatkan rebat, tempoh sah untuk menggunakan rebat itu hanya diberikan selama sebulan.

"Bagaimanapun jika rebat ini tidak digunakan selepas tamat tempoh sebulan, belia boleh mendaftar semula untuk mendapatkan rebat ini, namun ia bergantung kepada berapa ramai belia menggunakan rebat ini," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 mengumumkan pemberian rebat RM200 secara one-off kepada belia yang membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.