VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 11/01/2013

Penduduk terkejut saksi drama tembak-menembak

BUKIT MERTAJAM 10 Jan. - Beberapa penduduk Kampung Padang Temusu dekat Guar Perahu di sini terkejut menyaksikan dua orang kena tuduh (OKT) yang diburu polis sejak beberapa hari lalu mati selepas berbalas tembakan dengan polis berhampiran rumah mereka di sini hari ini.

Malah ada yang tidak menyangka kejadian tembakan itu yang selama ini hanya disaksikan di kaca televisyen berlaku di kawasan rumah mereka.

Menurut Sharifah Aminah Syed Hassan, 70, dia terdengar bunyi beberapa das tembakan kira-kira 20 meter dari rumahnya ketika mengutip buah kelapa di belakang rumah.

"Pada mulanya mak cik tak syak apa-apa kerana menyangka ada penduduk di sini menembak tupai namun mak cik terkejut bila melihat sebuah kereta dikejar kenderaan polis tidak jauh dari tali air.

"Mak cik tergamam kerana nampak kereta itu terbabas dalam tali air dan terdengar beberapa das tembakan lagi sebelum beberapa anggota polis mengarahkan mak cik masuk ke dalam rumah," katanya ketika ditemui di kampung itu.

Bagi Yusof Salleh, 59, dia melihat sebuah kereta Proton Perdana dipandu laju melalui jalan di tepi tali air sambil dikejar oleh sebuah kereta lain.

"Masa itu saya sedang menyiram pokok di belakang rumah sebelum nampak sebuah kereta dikejar berhampiran tali air itu dan terdengar bunyi tembakan," ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Jamaludin Ahmad, 58, berkata, ketika kejadian dia sedang memotong rumput di ladang tebu miliknya sebelum terdengar bunyi tembakan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.